VISI
“Peneraju Penyelarasan Dasar Hal Ehwal Islam”


MISI
“Memperkukuhkan Tadbir Urus Pengurusan dan Penyelarasan Dasar Hal Ehwal Islam ke Arah Kemaslahatan Ummah”


OBJEKTIF
Memastikan penggubalan dan pelaksanaan dasar hal ehwal Islam berteraskan maqasid syariah dan selaras dengan dasar negara.


FUNGSI

  1. Menjadi Urus setia Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI);
  2. Menjadi Urus setia Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK);
  3. Menjadi Urus setia Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah YDPA;
  4. Menjadi Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI);
  5. Menjadi Urus setia Jawatankuasa Induk DPTN,Pelaksanaan DPTN dan Akreditasi Tahfiz Negara;
  6. Merangka dan Menyelaras Pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM;
  7. Menjadi Urus setia Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAKIM;
  8. Mengurus dan menyelaras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JAKIM;
  9. Mengurus dan menyelaras Program Kemajuan Islam Bajet Berasaskan Outcome (OBB);
  10. Mengurus dan menyelaras program pemerkasaan pegawai-pegawai kader JAKIM;
  11. Mengurus dan menyelaras soalan dan draf jawapan serta hal ehwal Parlimen;
  12. Mengurus dan menyelaras maklum balas isu-isu antarabangsa hal ehwal Islam;
  13. Mengurus dan menyelaras maklum balas isu-isu hak asasi manusia;
  14. Mengurus dan menyelaras program dan hala tuju Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM;
  15. Mengurus dan menyelaras berkaitan pengiktirafan dan akreditasi;
  16. Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH);
  17. Mengurus dan menyelaras maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri;
  18. Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan kertas/nota makluman Mesyuarat Jemaah Menteri;
  19. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan dan laporan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI);
  20. Mengurus dan menyelaras data-data hal ehwal Islam;
  21. Mengurus dan menyelaras dokumentasi dasar-dasar hal ehwal Islam; dan
  22. Mengurus dan menyelaras dasar-dasar baru hal ehwal Islam.


PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengemukakan Memorandum/Nota Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan dalam tempoh tiga (3) hari selepas mendapat kelulusan YB Menteri di JPM (Agama).
  2. Menawarkan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat.
  3. Menyediakan Laporan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JAKIM setiap bulan bagi tujuan pembentangan dalam Mesyuarat Pengurusan JAKIM.
  4. Menyediakan Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program Kemajuan Islam OBB setiap suku tahun.
  5. Peratus pengurusan aduan yang bermaklumat lengkap urus tadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.