Rombongan Bahagian Kewangan JAKIM ke Program Ziarah Dakwah dan Majlis Pengislaman di Kg. Pantos Kuala Lipis Pahang
Kuala Lipis, Pahang– Pada 28 hingga 29 April 2012 (Sabtu dan Ahad) Bahagian Dakwah Cawangan Dakwah Khas JAKIM telah berjaya mengadakan Program Ziarah Dakwah dan Majlis Pengislaman di Kg. Pantos Kuala Lipis, Pahang.
Majlis Pengislaman ini telah melibatkan sekeluarga Masyarakat Orang Asli Kg. Pantos Kuala Lipis yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan 6 orang anaknya dan diserikan satu Majlis Perkahwinan 4 pasangan pengantin Masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Agama Islam turut diraikan.
Rombongan ini telah diketuai oleh Tn. Haji Awang Khalid bin Mat Ali Pengarah Kewangan, Tn. Haji Abdul Murat bin Abd. Wahab Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI, Ustaz Zainul Abidin Mat Noor Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dakwah Orang Asli JAKIM serta seramai 33 ahli rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAKIM dan PMOA Negeri Pahang.
Program ini diserikan lagi dengan aktiviti Ramah Mesra dan Ziarah Dakwah masyarakat Orang Asli di Kampung Pantos Kuala Lipis dan aktiviti bergotong royong untuk menyediakan juadah diantara peserta dan pihak urusetia.
Objektif program adalah untuk merapatkan hubungan di antara pihak Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah JAKIM dengan Bahagian-bahagian lain di JAKIM. Disamping itu dapat meninjau dan melihat secara lebih dekat tentang perjalanan kehidupan Masyarakat Orang Asli serta dapat meneruskan program-program (follow up) dari semasa ke semasa.
Selain itu matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran yang lebih jelas kepada Bahagian Kewangan JAKIM tentang gerak kerja penggerak dan situasi sebenar Masyarakat Perkampungan Orang Asli di Malaysia. Secara tidak langsung dapat mengikat tali persaudaraan yang mesra dengan penduduk setempat Kg. Pantos Kuala Lipis Orang Asli di atas sambutan yang sangat meriah serta kesudian menerima kedatangan rombongan pada kali ini.
Pihak JAKIM sentiasa bersedia menyalurkan kerjasama dan perkongsian strategik yang boleh disumbangkan dan diterokai bersama dalam konteks dakwah kepada masyarakat Orang Asli bahkan juga dalam bidang lain yang boleh memberikan kemajuan kepada ummah keseluruhannya

Sebelum memulakan perjalanan, peserta telah diberi taklimat oleh Us. Hamdi bin Haya.

Bergambar kenangan sebelum bertolak ke destinasi.




Peserta rombongan menaiki bot dari Jeti Koa Pantos ke Kampung Orang Asli Nyentel


Penggerak Masyarakat Orang Asli; Us. Zainal Abidin menyambut kedatangan rombongan di KOA Nyentel.

Peserta rombongan disambut meriah oleh penduduk Kampung Orang Asli Nyentel



Penyampaian hamper kepada penduduk kampung.


Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis memberi ucapan aluan pada majlis perasmian penutup.

Tuan Hj. Awang Khalid bin Mat Ali ;Pengarah Kewangan merasmikan Program Ziarah Dakwah di Kg Pantos, Kuala Lipis, Pahang.

Majlis Pengislaman yang telah di sempurnakan oleh Tuan Hj. Awang Khalid bin Mat Ali.


Majlis pernikahan seramai 4 pasang telah disempurnakan oleh Al Fadhil Qadhi Daerah Lipis.

- Hits : 1623





