Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima kunjungan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada 22 Julai 2019 yang diketuai oleh Encik Mazlan Md Nor, Pengarah Bahagian Keselamatan Fizikal & Penilaian Teknikal.
 
Tujuan utama kunjungan ini untuk mengadakan perbincangan serta perkongsian berkaitan percetakan logo halal yang merangkumi keselamatan, kawalan percetakan dan pengeluaran serta reka bentuk logo halal, agar sentiasa terjamin kualiti dan keselamatannya dari sebarang aktiviti pemalsuan.
 
Perbincangan tersebut yang berlangsung hampir satu jam di Kompleks Islam Putrajaya  telah disantuni oleh Puan Siti Rahmaniah binti Bachok bersama pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
Percetakan Logo Halal Malaysia 1
 
Percetakan Logo Halal Malaysia 2 copy
 
Percetakan Logo Halal Malaysia 3
 
Percetakan Logo Halal Malaysia 4
 
Percetakan Logo Halal Malaysia 5
 
Percetakan Logo Halal Malaysia 6