Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA - “Meskipun kita sedang melalui cabaran yang hebat akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun medium teknologi sangat memudahkan proses perbincangan dua hala untuk tetap dilakukan dan tidak menjadi halangan untuk merealisasikan hasrat bagi mengatur pertemuan secara atas talian dengan cukup bermakna pada hari ini.”

Demikian ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Bukhari bin Md. Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM ketika mempengerusikan Virtual Round Table Discussion pada 23 Jun lalu bersama Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) melalui aplikasi Skype.

Seiring perkembangan teknologi komunikasi masa kini, JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal komited menyantuni industri dengan mengetengahkan isu-isu melibatkan pensijilan halal dan menekankan tanggungjawab pengurusan hotel sebagai nadi jaminan halal di hotel-hotel. berkaitan pensijilan halal Malaysia.

Penganjuran program yang julung kali diadakan secara virtual ini telah berjaya menghimpunkan ahli-ahli daripada persatuan-persatuan hotel di Malaysia dalam satu platform atas talian untuk membincangkan "Isu-Isu Pensijilan Halal di Dapur dan Restoran Hotel".

Perbincangan kali ini telah berjaya menghasilkan 15 resolusi secara persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak untuk bertindak dengan lebih proaktif dalam memainkan peranan yang terbaik ke arah memartabatkan pensijilan halal Malaysia. Resolusi yang dicapai ini akan menjadi satu penanda aras yang boleh dimanfaatkan untuk menambahbaik kualiti pekhidmatan penyediaan makanan halal bagi industri perhotelan di Malaysia.

Perkongsian yang berlangsung selama 3 jam bermula 2.30 petang ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM serta wakil Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Program ini juga melibatkan kerjasama bersepadu daripada pihak Bahagian Penyiaran, JAKIM dan SmartHalal dalam memastikan aspek liputan dan teknikal sepanjang program berjalan dengan lancar.

Diskusi dalam talian ini berlangsung berdasarkan kepada pembentangan isu-isu pematuhan dan penguatkuasaan Pensijilan Halal Malaysia oleh Puan Siti Rahmaniah binti Bachok, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan & Encik Mohd Fakarudin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

Tuan Bukhari, ketika ditemui menyatakan bahawa JAKIM/JAIN akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk membimbing rakan-rakan industri bagi memenuhi segala keperluan pensijilan halal Malaysia. Namun begitu, kerjasama daripada rakan industri amat diperlukan bagi memastikan pensijilan halal Malaysia terus diyakini.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19VRTD 23 JUN 1VRTD 23 JUN 2VRTD 23 JUN 3VRTD 23 JUN 4VRTD 23 JUN 5VRTD 23 JUN 6VRTD 23 JUN 7