Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 14 Februari 2018 – Diskusi Kaunseling bertemakan “Positif Minda, Sejahtera Kerjaya” telah dianjurkan oleh Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia pada 14 Februari 2018 yang lalu bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Bangi.

Objektif penganjuran Diskusi ini untuk memberi pendedahan mengenai minda yang positif, mengenalpasti tahap emosi peserta dan sebagai motivasi peserta ke arah kesejahteraan kerjaya.  Diskusi ini disampaikan oleh Puan Siti Hasiah bt Jusoh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Semoga Diskusi Kaunseling ini mampu membantu membangun dan membina modal insan berpotensi tinggi dalam segenap hal merangkumi kesejahteraan di dunia serta akhirat.

d kaunseling2.

d kaunseling1.

d kaunseling3.

d kaunseling4.

d kaunseling5.

d kaunseling6.

d kaunseling7.