Semak Status Halal Melalui SMS

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

“ Melalui sistem ini, pengguna hanya perlu menghantar SMS ke 32728 dengan menaip kod bar barangan yang menggunakan Global standard 1 (GS1) untuk memastikan sesuatu produk dan premis itu mempunyai sijil halal yang sah atau sebaliknya,'' katanya Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Mustafa Abd. Rahman kepada pemberita selepas berucap pada sesi penerangan Pembangunan e-Halal JAKIM yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September 2005 yang dirasmikan oleh beliau.

Taklimat yang diurusetiakan bersama oleh Bahagian Kajian Makanan Dan Barangan Gunaan Islam dan Bahagian Perkhidmatan ICT JAKIM ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengusaha halal di seluruh <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia.

Kira-kira 1000 pengusaha hadir mendengar dan memberi maklumbalas dan berkomunikasi secara interaktif dengan JAKIM sebagai respon usaha JAKIM membangunkan e-Halal JAKIM.

Antara perkhidmatan yang sedang diusahakan ialah khidmat SMS Halal JAKIM. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kredibiliti halal dengan menjadikan masyarakat Malaysia yang memiliki telefon bimbit sebagai pemantau barangan halal secara tidak langsung selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama JAKIM.

Pengguna boleh mengakses maklumat halal dengan cara menghantar SMS perkataan HALAL diikuti dengan nombor pengenalan atau kekunci sesuatu item itu ke nombor 32728(DAPAT). Untuk tujuan SMS Halal, kekunci utama yang digunakan ialah sistem kodbar GS1(dahulunya EAN- European Article Numbering) di mana kebanyakan produk yang dijual di pasaraya dan sebagainya menggunakan sistem nombor ini bagi tujuan jualan dan inventori.


Nombor GS1 ini merupakan nombor yang digunakan universal di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut sila lawati laman portal halal di URL http://www.halaljakim.gov.my ATAU e-mail ke halalsms@islam.gov.my
ATAU SMS ke HALAL JAKIM dan hantar ke 32728.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustafa berkata, Jakim sedang melihat kemungkinan untuk memperluaskan teknologi penggunaan sistem e-Halal ke peringkat antarabangsa sejajar dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub makanan halal dunia.

``Malaysia menjadi negara pertama dunia yang memperkenalkan sijil halal secara menyeluruh dan kini meluaskan konsepnya melalui penggunaan e-Halal. Ini sangat penting bagi meletakkan negara sebagai hub makanan halal terpenting di dunia,'' katanya.

GALERI FOTO