Seminar Kejururawatan Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia

 
 
18 Mei 2011 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan telah menganjurkan Seminar  kejururawatan Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia. Di antara objektif pelaksanaan program ini ialah:
 
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para jururawat tentang pengurusan pesakit di hospital.
  • Mewujudkan suasana  harmoni dan sejahtera dari segi  fizikal, mental, emosi dan spiritual di kalangan para jururawat ; dan
  • Membina dan memantapkan institusi hospital ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 

Tema hari jururawat pada tahun ini ialah “Closing the Gap: Increasing access and equity contribution and responsibility of nurses. Sesuai dengan tema tahun ini pihak hospital memberi penekanan  kepada aspek emosi para jururawat dalam melaksanakan tugas seharian. Tidak dinafikan bahawa tugas jururawat yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit dan berhadapan dengan masyarakat awam banyak memberikan tekanan yang boleh melemahkan semangat yang menjurus ke arah emosi yang tidak terkawal. Justeru, ia boleh memberikan kesan kepada indidvidu seperti hilang pertimbangan yang boleh menjejaskan imej kejururawatan.
 
Melalui  seminar ini diharap para jururawat dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi semasa menjalankan tugas dan pengurusan keluarga. Emosi yang stabil dapat melahirkan jiwa yang tenang, seterusnya memberikan impak minda yang positif.
 
Seminar ini diakhiri dengan  Majlis Perasmian penutup  oleh YBhg. Tuan Haji Md. Ali bin Sarbini; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim. Dalam ucapan beliau mengingatkan para peserta agar dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan. Segala amal yang baik itu akan dihisab oleh Allah SWT.