Seminar Pengurusan Masjid Hadhari Parlimen Besut

Bersempena Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen Besut yang telah berlangsung pada 27 hingga 29 Julai 2007 bertempat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Besut, Terengganu, Bahagian KESUMA JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengadakan Seminar Pengurusan Masjid Hadhari Peringkat Parlimen Besut pada 29 Julai 2007 di tempat yang sama.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Antara obejktif diadakan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara untuk mengimarahkan masjid selaras dengan prinsip Islam Hadhari. Melalui seminar ini para peserta dapat bertemu dalam satu majlis ilmu dan seterusnya dapat bertukar ilmu serta pengalaman di kalangan peserta.

Seminar ini telah dihadiri oleh semua imam dan jawatankuasa masjid seluruh Parlimen Besut. Pihak urusetia telah menjemput dua orang pembentang kertas kerja dalam seminar ini, Antaranya ialah Tuan Haji Jainal bin Sakiban – Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Johor. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengimarahan dan Pengurusan Masjid Hadhari. Manakala seorang lagi penceramah ialah Us. Zakuan bin Sawai – Ketua Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk Perkembangan Semasa Isu Penagihan Dadah Di Kalangan Umat Islam Di Malaysia.

Majlis penangguhan seminar tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Ucapan alu-aluan telah disampaikan Yang Mulia Dato’ Shaikh Harun bin Shaikh Ismail – Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Turut sama menyampaikan ucapan dalam seminar tersebut ialah Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada akhir seminar tersebut YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan Sijil Perlantikan Jawatankuasa Masjid bagi Parlimen Besut. Wakil setiap DUN di Parlimen Besut telah menerima sijil perlantikan tersebut daripada YB. Menteri.

YB. Menteri juga menyampaikan replika cek kepada wakil akhbar Utusan <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia di atas sumbangan akhbar tersebut untuk menaja akhbar Utusan Malaysia kepada lapan sekolah terpilih di Parlimen Besut.

YB. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Y.Bhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM