Seminar Pengurusan Masjid Perkampungan Saudara Kita Negeri Sarawak

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Badan Sukarela HIKMAH telah berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan Masjid Perkampungan Saudara Kita peringkat Bahagian Kuching/Samarahan/ Sri Amana dan Betong Sarawak 22 hingga 24 Februari 2008 bertempat di Taman Rekreasi Ranchan, Serian, Sarawak.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Seramai 60 orang peserta telah mengikuti seminar tersebut. <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Para peserta seminar yang mengikuti program ini merupakan ahli jawatankuasa surau di seluruh kawasan perkampungan saudara kita sekitar Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong, Sarawak. Kesemua peserta terdiri daripada dua kaum iaitu Kaum Bidayuh dan Kaum Iban.

 

Melalui seminar ini pihak urusetia telah mengaturkan aturcara yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Pihak Urusetia juga bertindak sebagai fasilitator untuk mengendalikan tunjuk ajar kaifiat solat dan juga tahsin al-Quran demi untuk memperbetulkan bacaan dalam solat. Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran kerana melalui seminar ini para peserta dapat mempelajari ilmu bacaan al-Quran dari fasilitator yang berpengalaman.

 

Para peserta mengharapkan agar pihak JAKIM khususnya Bahagian KESUMA sentiasa mengadakan program seumpama ini demi menambahkan ilmu serta pengetahuan kepada mereka dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Majlis penangguhan seminar ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad bin Mohamed Zin – Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Pengurusan Masjid, Bhg. KESUMA JAKIM.

 

Diakhir majlis penangguhan tersebut beliau telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang hadir. Demi untuk menjaga kesinambungan maklumat ilmu kepada para peserta ini, pihak JAKIM akan terus mengadakan program seumpama ini untuk memartabatkan program pengimarahan masjid di seluruh negara.