SIRIM QAS Dan JAKIM Bekerjasama Mendapatkan Pengiktirafan Skim Pensijilan MS1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti–Keperluan Dari perspektif Islam

Kehadiran pihak pengurusan tertinggi SIRIM QAS International Sdn Bhd ke Bahagian Hub Halal baru-baru ini merupakan satu lagi usaha ke arah kerjasama yang positif dan mampan dengan Bahagian Hub Halal JAKIM selaku badan pensijilan tunggal di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia .

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Kunjungan pihak SIRIM QAS International tersebut diketuai oleh Dato’ Mariani Mohammad, Pengarah Urusan SIRIM QAS International SDn Bhd dan Haji Abdul Aziz bin Long, Pengurus Besar, Jabatan Perkhdimatan Sokongan Korporat serta pegawai–pegawai kanan agensi tersebut yang lain . Lawatan itu telah disambut oleh Ustaz Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Hub Halal.

Dalam lawatan kerja terbabit, pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd telah membentangkan satu taklimat ringkas mengenai aktiviti SIRIM QAS International Sdn Bhd oleh Encik Azlan Adnan, Pengurus Kanan, Seksyen Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran. Menerusi perbincangan tersebut pihak SIRIM QAS dan pihak JAKIM telah membincangkan peluang kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah tentang Akreditasi Pensijilan Halal yang mana SIRIM memaklumkan akreditasi pensijilan halal perlu diperolehi dari Standard Malaysia iaiatu Jabatan Standard Malaysia.

Justeru itu, SIRIM dan anak syarikatNya, SIRIM QAS International tidak mempunyai sebarang kaitan dalam pemprosesan untuk mendapat akreditasi pensijilan tersebut. Oleh yang demikian , pihak JAKIM perlu memenuhi kehendak Penilaian Keakuran (Conformity Assessment) yang telah ditetapkan oleh Standards Malaysia.

Selain daripada itu, pihak SIRIM memaklumkan juga tentang Skim Pensijilan Baru iaitu Skim Pensijilan MS1900 : 2005 Sistem Pengurusan Kualiti – Keperluan dari perspektif Islam. Pihak SIRIM QAS International menyatakan hasrat peluang kerjasama dengan JAKIM dalam pensijilan tersebut memandangkan JAKIM mempunyai kepakaran dalam bidang syariah. Disamping itu, SIRIM QAS juga bercadang untuk menggunakan logo halal JAKIM bersama dengan logo Pensijilan MS1900 : 2005 bagi organisasi yang berjaya mendapat pensijilan tersebut .

Sehubungan dengan itu, pihak JAKIM mencadangkan agar SIRIM QAS International menyiapkan satu kertas kerja berhubung cadangan tersebut untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan JAKIM dalam bulan Mac nanti.