TAWARAN BIASISWA 1 MALAYSIA KEPADA PELAJAR LEPASAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI/ SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT (SMAN/SMAR) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA BIDANG PERUBATAN

TAWARAN BIASISWA 1 MALAYSIA

KEPADA PELAJAR LEPASAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI/ SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT (SMAN/SMAR)

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

BIDANG PERUBATAN DI MESIR

BAGI SESI 2010/2011

 

1. Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir mulai sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas dalam bidang dan universiti yang sama untuk mendapatkan Biasiswa 1 Malaysia tajaan 1 Malaysia Development Berhad.

 

2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah :

 

PROGRAM

INSTITUSI

 

Ijazah Sarjana Muda

 

Universiti-universiti di Mesir yang diiktiraf oleh JPA

 

3. Syarat-Syarat Permohonan

(a) Syarat-syarat Asas

i) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);

ii) Telah menduduki peperiksaan STAM/STA/SMA atau setaraf;

iii) warganegara Malaysia;

iv) Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2010;

v) Mendapat surat sokongan/pengesahan* menyambung pengajian dalam bidang yang ditawarkan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) di Mesir ;

vi) Telah menerima surat tawaran* melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda perubatan di Mesir mulai sesi 2010/2011 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di universiti yang sama; dan

vii) Keutamaan Penajaan akan diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga miskin yang tidak menerima sebarang penajaan.

Nota : (*) dokumen berkaitan dihantar sebaik sahaja diperolehi

 

(b) Syarat khusus (Kelayakan Akademik)

i) Pelajar baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam SPM Aliran Sains dengan mendapat Gred 2A dalam 7 mata pelajaran termasuk Bahasa Arab;

Atau

Memiliki Sijil Matrikulasi Sains dengan memperolehi CGPA 3.40.

ii) Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas semester satu Sesi 2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau gred Mumtaz (80 peratus). 

 

4. Bidang Tajaan

Bidang perubatan (tidak termasuk bidang pergigian, perubatan veterinar dan farmasi).

5. Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon

i) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.

ii) Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/ agensi.

iii) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.

iv) Pelajar/pegawai yang sedang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.

6. Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui cara berikut:

i) Pemohonan mesti dibuat menggunakan format borang yang disediakan;

ii) Pemohon boleh mendapatkan maklumat berhubung tawaran biasiswa 1 Malaysia dan borang permohonan daripada Jabatan Agama Islam Negeri atau dengan melayari http//www.islam.gov.my;

iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta semua dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil / Slip-Slip Keputusan Peperiksaan, Salinan Surat Tawaran Belajar, Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Slip Gaji / Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri), salinan Visa Pelajar, salinan Borang J Cukai Pendapatan dan lain-lain yang disahkan hendaklah dikemukakan terus kepada:

Urusetia

Jawatankuasa Panel Pembiayaan Biasiswa 1 Malaysia

d/a Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Blok D7, Parcel D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

iii) Pertanyaan mengenai prgram ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88864055/4327. Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).

 

7. Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.