TEKS UCAPAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PELAN TINDAKAN MENANGANI GEJALA SOSIAL PADA 18 JULAI 2009
TEKS UCAPAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PELAN TINDAKAN MENANGANI GEJALA SOSIAL PADA 18 JULAI 2009
Assalamualaikum wr.wbt
Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohamah Nor bin Mansor al Hafiz
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Mustafa
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Yang Berbahagia En. Mohd Noor bin Abd Hamid – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan ) JAKIM,
Yang Dirahmati Dif-dif jemputan dan para pegawai tadbir agama daerah sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya saya dapat berjumpa dengan Pegawai-pegawai Tadbir Agama Daerah dari seluruh negara sempena Seminar Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial 2009 yang diadakan serentak dengan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Negeri Perak ini.
Sesungguhnya saya amat gembira kerana majlis perhimpunan seumpama ini perlu diteruskan, bukan sahaja kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita malah ianya dapat bertukar–tukar fikiran dengan mencetuskan idea-idea baru serta pengalaman yang sedia ada bagi mempertingkatkan prestasi pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.
Berdasarkan matlamat seminar ini saya percaya bahawa kerajaan amat mengharapkan Pegawai Tadbir Agama Daerah memikul tanggungjawab yang besar dalam mewujudkan umat Islam yang sejahtera. Saya amat yakin tuan-tuan berkeupayaan membuat perubahan dan menggerakan masyarakat kearah kecemerlangan umat kerana tuan-tuan mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Islam akar umbi.
Di peringkat daerah terdapat dua agensi utama kerajaan yang amat berpengaruh dan menjadi tumpuan masyarakat iaitu Pejabat Daerah (Pejabat Tanah Dan Galian) dan Pejabat Agama Daerah. Pejabat Daerah lebih menumpukan pembangunan fizikal manakala Pejabat Agama Daerah menumpukan kepada pembangunan rohani manusia. Persaingan hebat pembangunan fizikal dan rohani dalam sesuatu daerah memberi cabaran besar kepada prestasi Pejabat Agama Islam Daerah.
Pada dasarnya masyarakat melihat institusi agama khususnya Pejabat Agama Daerah menghayati sepenuhnya etika kerja Islam kerana kita mendapat pendidikaan agama Islam yang lama di sekolah agama, di universiti, mewarisi tugas nabi dan bibir kita sentiasa basah dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Persoalan besar timbul ialah sejauh mana kita mempamerkan etika kerja Islam ketika kita memberi perkhidmatan, mematuhi piagam pelanggan dan melaksanakaan sistem penyampaian yang memuaskan kepada masyaraakat Islam.
Berdasarkan pemerhatian saya, tuan-tuan sebenarnya mempunyai rangkaian dan jentera yang kuat untuk membawa perubahan kepada masyarakat. Pada masa ini terdapat 6119 buah masjid dan 17,600 buah surau di seluruh negara. Manakala di setiap masjid dan surau pula disokong kuat oleh pasukan jawatankuasa-jawatankuasa Masjid-surau yang merangka pelbagai aktiviti keagamaan.
Selain kekuatan yang ada pada masjid dan surau saya percaya di sana masih ramai umat Islam samada secara sendirian atau berkelompok bersedia secara sukarela untuk bersama-sama membantu meningkat syiar Islam di kawasan masing-masing. Berdasarkan kekuatan akar umbi yang berdiri teguh di belakang Pejabat Agama Daerah ini, maka saya percaya jika di organise secara teratur, tersusun dan mengikut perancangan strategik yang diatur maka saya percaya ia mampu membawa berita baik dalam membangunkan umat Islam.
Pada masa ini kerajaan memperkenalkan ’1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Dalam usaha mencapai matlamat yang bersifat positif ini kerajaan sedang memperhebatkan dan membudayakan penjawat awam dengan konsep Petunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indeks-KPI) sebagai pengukur kecekapan dan keberkesanan prestasi sesebuah jabatan dan penjawat awam.
Selari dengan usaha Kerajaan mempertingkatkan prestasi egensinya, maka saya amat berharap institusi Jabatan Agama Negeri, Majlis Agama Islam Negreri, Pejabat Mufti, Pejabat Agama Daerah dan institusi Islam yang lain amat wajar mengikut jejak jabatan lain agar tidak ketinggalan jauh dalam meningkatkan prestasi fungsi jabatan masing-masing. Saya amat yakin penekanan konsep KPI akan menjadi panduan untuk membawa transformasi dalam pengurusan, pentadbiran dan sumber manusia kearah meningkatkan prestasi dan produktiviti sesebuah organisisi.
Saya amat yakin kejayaan Pelan Menagani Gejala Sosial berkait rapat dengan KPI. Kekuatan KPI ini akan menentukan pencapaian program menangani gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Berdasarkan kekuatan yang ada di Pejabat Agama daerah ini, maka saya amat yakin masyarakat Islam di seluruh negara amat mengharapkan Pegawai Tadbir Agama Daerah mampu menangani isu-isu yang melemahkan umat Islam.
Pada masa ini umat Islam menjadi golongan terbanyak terlibat dalam apa saja jenis gejala sosial. Walaupun terdapat pelbagai agensi kerajaan mengikut bidang kuasa masing-masing dalam menangani isu gejala sosial tetapi masyarakat percaya bahawa pendekatan Islam adalah langkah terbaik menjadi agen memulihkan masyarakat.
Tuan-tuan/puan-puan yang dihormati sekalian,
Isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi disaat-saat akhir ini. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa gejala sosial yang berlaku hari ini bukanlah dikalangan masyarakat kota sahaja malah masyarakat desa juga menghadapi masalah yang sama. Sebagai contoh gadis Islam hamil luar nikah semakin bertambah. Menurut sumber Kementerian Kesihatan secara purata setiap hari terdapat gadis hamil luar nikah. Mereka datang ke klinik untuk mendapaatkan pil cegah hamil atau kondom. Selain itu dadah masih merupakan musuh utama Negara dan ianya amat membimbangkan kita semua kerana mengikut apa yang dilaporkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan bahawa peratusan penagih dadah dikalangan remaja kita mencapai 75% melebihi daripada bangsa lain,sedangkan mereka ini merupakan aset Negara yang sangat bernilai dan sebagai harapan kita untuk meneruskan perjuangan membela bangsa dan Negara di masa akan datang. Begitulah juga masalah sosial yang lain.
Sekiranya mereka terus bergelomang dengan isu gejala sosial ini sudah pasti mereka tidak layak untuk mewarisi bumi bertuah ini dan sekaligus maruah bangsa dan agama tercemar akibat daripada perbuatan tersebut. Justeru saya sangat-sangat mengharapkan agar seminar pada kali ini dapat membincang dengan teliti bagi mencari kaedah-kaedah dan approach terkini mengikut pendekatan Islam dan sesuai untuk dilaksanakan bagi membendung dan menangani masalah ini supaya tidak terus menular dikalangan jenerasi yang masih fitrah daripada sebarang gejala sosial yang ada pada hari ini.
Kita tidak nafikan bahawa terdapat berbagai agensi kerajaan,Badan Berkanun dan pihak NGOs telah mengadakan berbagai-bagai program dan aktiviti untuk menyedarkan kepada masyarakat mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah dan gejala-gejala sosial yang lain terhadap masyrakat,namun demikian ianya masih berlaku dan amat membimbangkan kita khususnya masyarakat umat Islam.
Oleh itu sampailah masanya agensi Agama disegenap peringkat termasuklah diperingkat daerah yang diketuai oleh tuan-tuan membentuk satu pasukan (team) yang melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGOs yang ada bagi mencari langkah-langkah yang sewajarnya menangani masalah ini.
Saya yakin dan percaya bahawa pentadbir atau pengurus hal ehwal Islam peringkat daerah yang ada pada hari ini mampu melaksanakan tanggungjawab ini sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dan konsisten dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan itu.
Kesempatan ini saya berharap Seminar yang diadakan ini merupakan satu instrument untuk tuan-tuan memperkasakan diri sebagai seorang pentadbir hal ehwal Islam yang efisyen dan produktif . Oleh itu berilah tumpuan sepenuhnya terhadap Seminar ini Semoga ianya dapat membantu tuan-tuan dalam memperkayakan pengalaman dan kemahiran mengurustadbir Institusi yang sangat penting ini
16. Saya yakin dan percaya bahawa dikalangan tuan-tuan ini mempunyai kemampuan dan kebolehan mencetuskan idea-idea yang bernas untuk dijadikan bahan perbincangan dalam seminar ini bagi mencari pendekatan-pendekatan baru dalam usaha kita mengangkatkan martabat pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. Akhir sekali dengan lafaz BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM, SAYA MERASMIKAN SEMINAR PELAN TINDAKAN MENANGANI GEJALA SOSIAL 2009.
SEKIAN WABILLAHITAUFIK, WASSALAMUALAIKUM, WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
- Hits : 4210





