Teks Ucapan Y.B. Menteri sempena Majlis Ihya' Ramadhan Menteri Bersama Imam, Guru Takmir & Ahli Jawatankuasa Masjid Tahun 2009

TEKS UCAPAN
Y.B. MEJAR JENERAL DATO’ JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
MAJLIS IHYA’ RAMADHAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERSAMA IMAM, GURU TAKMIR & AHLI JAWATANKUASA MASJID TAHUN 2009
14 SEPTEMBER 2009 @ 24 RAMADHAN 1430


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAAMUALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA,

YANG BERHORMAT DR. MARSHITAH BINTI IBRAHIM – TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,

YANG BERBAHAGIA DATO’ SYEIKH WAN MUHAMMAD BIN DATO’ SYEIKH ABDUL AZIZ – KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. SOHAIMI BIN MOHD SALLEH –KETUA PENGARAH JABATAN ZAKAT, WAKAF DAN HAJI

YANG BERBAHAGIA DR. HJ ABD MALEK BIN AWANG KECIL –KETUA PENGARAH YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA

SOHIBUL SOMAHAH DATO’ HJ. WAN ZAHIDI BIN WAN TEH –MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
YANG AMAT ARIF TAN SRI DATO’ IBRAHIM BIN LEMBUT – KETUA PENGARAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

YANG BERBAHAGIA KETUA-KETUA JABATAN DAN AGENSI DI JABATAN PERDANA MENTERI

YANG BERBAHAGIA PENGARAH-PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI


ASHABUL FADHILAH TUAN-TUAN IMAM, GURU-GURU TAKMIR DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID,

DATO’-DATO’/TUAN-TUAN/PUAN-PUAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIMULIKAN ALLAH SWT.

 


ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN YANG MENURUNKAN MALAM LAILATULQADAR DENGAN SEGALA MAHA KEHEBATANNYA, SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR KEKASIH YANG TERCINTA NABI MUHAMMAD S.A.W, AHLI KELUARGA, DAN SAHABAT BAGINDA.
KITA MERAFA’KAN KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH S.W.T, KERANA DENGAN KEIZINANNYA, KITA DAPAT DIHIMPUNKAN DI DALAM MAJLIS IHYA’ RAMADHAN PADA KALI INI, YANG MANA MAJLIS INI ADALAH MAJLIS YANG SENTIASA MENDAPAT MAGHFIRAHNYA, SENTIASA MENDAPAT


BERKATNYA, DAN MENDAPAT PERLINDUNGANNYA SEPANJANG MASA KITA BERADA DI DALAMNYA.

PERHIMPUNAN KITA DI DALAM MAJLIS IFTAR INI BUKANLAH SEKADAR KITA DATANG DAN BERBUKA SEMATA-MATA, AKAN TETAPI PERTEMUAN KITA PADA HARI INI, ADALAH SILLAH DAN MIFTAH. IAITU PENYAMBUNG DAN JUGA PELENGKAP KEPADA IKATAN RABITAH UMMAH YANG SATU DAN PADU, SESUAI DENGAN KONSEP UMMATAN WASATAN DAN SATU MALAYSIA ( ockticker>ONE MALAYSIA)


TUAN-TUAN/PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

KITA AMAT BERUNTUNG MENJADI RAKYAT MALAYSIA KERANA SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN, ISLAM TELAH DIBERIKAN TEMPAT YANG SUNGGUH ISTIMEWA DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENJADIKANNYA SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA. SEJARAH SELEPAS ITU TELAH MEMAPARKAN KEPADA KITA BAHAWA KERAJAAN TELAH MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR DI DALAM MEMARTABATKAN ISLAM SESUAI DENGAN KEDUDUKANNYA.


TIDAK KETINGGALAN DALAM SISTEM PEMBELAJARAN YANG TIDAK FORMAL SEPERTI KELAS-KELAS TAKMIR DI MASJID DAN SURAU DI SELURUH NEGARA DAPAT DIJADIKAN WADAH PERPADUAN DAN KEKUTAN UMMAH. ADALAH MENJADI HARAPAN DAN HASRAT KERAJAAN, PROGRAM PENGIMARAHAN TAKMIR INI JUGA AKAN DAPAT MEMBERI IMPAK YANG AMAT POSITIF BAGI MEMBENDUNG MASALAH-MASALAH SOSIAL YANG MELANDA UMAT ISLAM KETIKA INI. JUSTERU ITU, PARA GURU TAKMIR PERLU MENCARI JALAN YANG TERBAIK BAGI MENARIK UMAT ISLAM TERUTAMA PARA MUDA-MUDI UNTUK TURUT SERTA DALAM KULIAH-KULIAH AGAMA SEPERTI KELAS TAKMIR INI.


TUAN-TUAN/PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
PIHAK KERAJAAN JUGA AMAT PRIHATIN TERHADAP PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PARA IMAM KARIAH DI SELURUH NEGARA. KITA MENGHARAPKAN DENGAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN KEPADA PARA IMAM AKAN DAPAT MENINGKATKAN PROFESIONALISME PARA IMAM DIDALAM MASYARAKAT DAN SESUAI KONSEP YANG DIPERKENALKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI KITA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN AKAN DAPAT DINIKMATI BERSAMA OLEH RAKYAT DI PERINGKAT AKAR UMBI.


SELAIN ITU, PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA MASJID JUGA TIDAK BOLEH DIKESAMPINGKAN KERANA DENGAN PENGURUSAN PENTADBIRAN MASJID YANG CEMERLANG SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.


TUAN-TUAN/PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA, SEBANYAK RM 86.68 JUTA TELAH DIPERUNTUKKAN BAGI TAHUN 2009 BAGI MEMBAYAR IMBUHAN ELAUN PARA IMAM DAN GURU TAKMIR DI SELURUH NEGARA. INI MERUPAKAN SUATU ANGKA YANG AMAT BESAR DAN BESAR HARAPAN SAYA AGAR KITA SENTIASA MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN PENGETAHUAN DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM YANG LEBIH MANTAP DAN BERKESAN DAPAT DIBERIKAN KEPADA MASYARAKAT.


SAYA YAKIN DAN PERCAYA TUAN/PUAN MEMPUNYAI KEMAMPUAN DAN KEBOLEHAN MENGURUSTADBIR DAN MENGIMARAHKAN INSTITUSI MASJID BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK ISLAM. SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AT-TAUBAH AYAT 18:
 

 

MAKSUDNYA: HANYASANYA YANG LAYAK MEMAKMURKAN (MENGHIDUPKAN) MASJID ALLAH ITU IALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT SERTA MENDIRIKAN SEMBAHYANG DAN MENUNAIKAN ZAKAT DAN TIDAK TAKUT MELAINKAN KEPADA ALLAH, (DENGAN ADANYA SIFAT-SIFAT YANG TERSEBUT) MAKA ADALAH DIHARAPKAN MEREKA MENJADI DARI GOLONGAN YANG MENDAPAT PETUNJUK.
DI BAWAH KONSEP SATU MALAYSIA INI, MARILAH KITA PERKUKUHKAN LAGI KEKUATAN UMMAH, BAGAIKAN DINDING YANG KUAT DAN TEBAL, KITA BERSATU, AGAR KITA TIDAK MUDAH DITEWASKAN.


AKHIR KATA, SAYA SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-TUAN KERANA DAPAT TURUT SERTA PADA MAJLIS IHYA’ RAMADHAN PADA KALI INI DAN SEMOGA KITA BERJUMPA DI LAIN MASA. SAYA MENGUCAPAKAN SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA DI 10 HARI YANG TERAKHIR RAMADHAN AL-MUBARAK INI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN YANG AKAN MENJELANG LEBIH KURANG 6 HARI LAGI.
 


SEMOGA SEGALA AMAL IBADAH DAN JARIAH YANG TELAH KITA LAKUKAN DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI AKAN DITERIMA DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.