EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya. Justeru itu dapat menjimatkan kos operasi.