Fenomena Alam Semesta
KAJIAN GERHANA BULAN SEPARA DAN KAJIAN TRANSIT ZUHRAH
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jakim Cawangan Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya telah mengadakan kajian gerhana bulan separa dan kajian transit zuhrah di Pulau Mabul, Sabah pada 4 hingga 6 Jun 2012 yang lalu. Lokasi ini dipilih kerana kedudukan geografinya yang lebih ke timur membolehkan para pengkaji mendapatkan visual awal sentuhan planet Zuhrah dengan matahari yang berlaku pada jam 6.13 pagi berbanding lokasi di semenanjung dimana matahari lebih lewat terbit berbanding Sabah. Pulau Mabul juga mempunyai ufuk yang tidak terlindung berbanding kepulauan yang lain.
Kajian gerhana bulan separa yang berlaku pada malam 4 hb Jun juga disusuli dengan solat sunat khusuf yang turut disertai penduduk di kepulauan tersebut. Dengan kesempatan yang ada, para pengkaji juga termasuk Sahibus Samahah Mufti Negeri Sabah turut mengadakan semakan arah kiblat di surau penduduk pulau tersebut. Selepas membuat semakan tersebut, pembetulan arah kiblat telah dilaksanakan dan disahkan oleh Sahibus Samahah mufti dan juga ahli jawatankuasa surau tersebut.
Pada 6 hb Jun pula, kajian transit Zuhrah bermula seawal 5.45 pagi menanti terbitnya matahari di ufuk timur. Walaupun keadaaan cuaca pada hari tersebut agak mendung, namun para pengkaji dapat merakam imej yang boleh digunakan bagi menjalankan kajian sepertimana yang dirancang.

S.S Datuk Mufti Sabah bersama penduduk kampung menyaksikan kejadian gerhana bulan separa

Para petugas sedang merakamkan kejadian gerhana bulan separa

Antara imej gerhana bulan separa yang berjaya dirakamkan

Semakan arah kiblat di surau Pulau Mabul

Membuat pembetulan arah kiblat

Kedudukan karpet surau setelah dilakukan pembetulan

Sesi cerapan transit planet Zuhrah


YBhg. S.S Datuk Mufti Negeri Sabah
dan
semua peserta Kajian Gerhana Bulan Separa dan Kajian Transit Zuhrah bergambar bersama
Tarikh:
Jun 12, 2012   Groups:
- Hits : 1720







