Forum Bestnya Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Muslim Dan Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan 2012

 
2 Ogos 2012- Kota Bharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama PERKIM buat julung kalinya telah menganjurkan Forum Bestnya Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim dan Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan 2012 bertempat di Kompleks Islam Darul Naim, Lundang. Program ini telah menghimpunkan seramai 1000 peserta Masyarakat Orang Asli Kelantan dan Saudara Muslim dari bangsa Cina, India, dan Siam.
 
Antara objektif program ini adalah :
  1. Menjalin hubungan kerjasama erat di antara JAKIM dan JAHEAIK Negeri Kelantan serta Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO’S) yang berkaitan dengan Saudara Muslim
  2. Sebagai penghargaan kepada golongan Saudara Muslim dan Masyarakat Orang Asli dalam menghadapi Bulan Ramadhan yang penuh cabaran.
  3. Memperkenalkan kepada golongan Saudara Muslim dan Masyarakat Orang Asli mengenai indahnya Islam dan hikmah Bulan Ramadhan.
  4. Menghilangkan persepsi masyarakat bahawa Islam bukan hanya agama bagi orang Melayu malah bagi masyarakat lain yang beragama Islam.
  5. Memberi pendedahan kepada Saudara  Muslim dan Masyarakat Orang Asli tentang kebaikan dan kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan.
 
Program di mulakan dengan Forum Bestnya Ramadhan yang membariskan Al Fadhil Ustaz Abd Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah JAKIM dan Al Fadhil Ustaz Daud bin Leman, Penceramah dari Institut Dakwah Islamiah PERKIM sebagai ahli panel serta Al Fadhil Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi sebagai moderator. Forum ini telah mengupas tentang kelebihan yang terdapat dalam  bulan Ramadhan dan ganjaran sebagai orang yang berpuasa.
 
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Jusoh dan seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Beliau dalam ucapannya banyak menekankan tentang keberkatan bulan Ramadhan dan betapa pentingnya umat Islam khususnya Saudara Muslim yang baru memeluk Islam untuk menjalani Ibadah Ramadhan kali ini dengan tekad dan azam yang berkobar-kobar untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.Sejurus kemudian, azan Maghrib berkumandang diikuti dengan acara berbuka puasa secara beramai-ramai dengan tamar kemudian solat Maghrib berjemaah, seterusnya makan malam, solat Isyak dan seterusnya solat sunat Tarawikh secara berjemaah.
 
 
Majlis turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan majlis ini khususnya kepada YBhg Tuan Haji Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK) seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha, kerjasama dan sumbangan tenaga yang di curahkan secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini mendapat ganjaran di sisiNya.
 
 
Ramah Mesra Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
 
 
 
Sesi pendafataran peserta dari kalangan Masyarakat Orang Asli
 
 
 
Sesi Pendaftaran peserta dari kalangan Saudara Muslim
 
 
 
Forum "Bestnya Ramadhan" yang membariskan Ustaz Abd Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah JAKIM, Ustaz Daud bin Leman, penceramah jemputan daripada IDIP, dan Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi; Penolong Pengarah Kanan, JAKIM sebagai moderator.
 
 
Antara peserta yang menghadiri Forum "Bestnya Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa.
 
 
 
Barisan VIP yang hadir memeriahkan majlis
 
 
 
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan; YB Dato' Che Mohd Rahim bin Jusoh menyampaikan ucapan aluannya.
 
 
 
Ucapan perasmian disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabuddin; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.
 
Tarikh: 
Aug 07, 2012