Forum Sempena Maulidur Rasul SAW

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )
 
16 Februari 2012, kita masih lagi dalam suasana menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Selari dengan sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Maka, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan  Forum sempena bulan menyambut Forum bertajuk  Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Para hadirin diajak mengimbau kembali bagaimana perjuangan dan strategi Rasulullah s.a.w menjalankan dakwah dengan bersungguh-sungguh dan jayanya. Bagi mengupas tajuk forum berkenaan ahli-ahli panel yang mantap lagi berkaliber telah diundang iaitu terdiri dari Y. Bhg. Haji Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Y. Bhg. Haji Hazarudin bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan Y. Bhg. Ustaz Muhyiddin bin Abd Aziz selaku Moderator. Di akhir Forum, para jemaah dan semua yang hadir berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz ‘Azmuddin bin Arifin, Bilal Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 
Semoga intipati majlis ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada semua yang hadir.
 
 
 
Antara jemaah yang hadir
 
 
Ahli Panel Forum Maulidur Rasul SAW
 
 
 
 
berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz ‘Azmuddin bin Arifin, Bilal Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.