WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

“Manfaatkan peluang, Jaga Disiplin dan Tingkatkan kemahiran
 
YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim dan YBhg. Dato' Haji Razali Bin Shahabudin , Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan)  berkesempatan bersama peserta kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .
 
YBhg. Dato’ mengingatkan supaya semua peserta mengambil peluang yang diberikan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengembangkan pengalaman serta kemahiran sedia ada. Antara lain, peserta juga diingatkan untuk menjaga disiplin diri sepanjang tempoh kursus serta jangan melepaskan peluang untuk membuat pemerhatian diluar sesi pengajian formal untuk diadaptasikan di Jabatan kelak.
 
Seramai 22 orang pegawai hal ehwal Islam berlepas ke Kaherah Mesir pada 31 Ogos 2015 bagi mengikuti Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa. Mereka terdiri daripada 10 orang pegawai Jakim yang mendapat tajaan penuh daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan 12 orang pegawai yang sedang bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti ditaja oleh agensi masing-masing. Program ini turut disertai oleh Pegawai Agama dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Malaysia Terengganu. Delegasi peserta kursus bagi tahun ini diketuai oleh Tuan Haji Norizan bin Abd Ghani dari Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) manakala setiausaha rombongan ialah Ustaz Oslan Affandi bin Abdullah dari Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM
 
Kursus ini berlangsung selama 3 bulan iaitu bermula 1 September 2015 sehingga  28 November 2015 dikendalikan oleh pejabat Setiausaha Agong Jawatankuasa Tertinggi Dakwah Islamiah al-Azhar Mesir. Kursus ini merupakan salah satu usaha Jakim untuk meningkatkan kemahiran, kepakaran, pengetahuan dan pengalaman di kalangan pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dalam pengurusan dakwah dan kefatwaan yang berhubung kait dengan masalah semasa ummah. Melalui kursus ini juga peserta akan diberi penekanan mengenai asas-asas ilmu bagi mengeluarkan sesuatu hukum disamping mendalami kemahiran pengurusan kefatwaan yang dikendalikan oleh Darul Ifta’, Mesir.
 
Sebelum berlepas ke Mesir semua peserta telah mengikuti kursus persediaan bagi mendalami penguasaan bahasa dan memahami kebudayaan arab selama 5 hari bermula 17 – 21 Ogos 2015.  Kursus persediaan yang dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Mahamud Abdul, Pengarah Al-Bayan Corporation Sdn. Bhd. berjaya memberi kefahaman kepada semua peserta.
 
Manfaatkan Peluang Ilmu Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir Tahun 2015
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 2   Manfaatkan Peluang Ilmu 8
Manfaatkan Peluang Ilmu 4
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 5
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 6
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 7
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 9
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 11
 
Manfaatkan Peluang Ilmu 12
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 01 Jun 2020.
Jumlah Pelawat :12414322