WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Sekalung tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada pasukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana telah memenangi empat anugerah sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) Jabatan Perdana Menteri 2015 yang telah diadakan pada 29 September 2015 bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
Majlis yang berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Joseph Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan temanya “Kecemerlangan Inovasi, Merentas Globalisasi”. Sebanyak 6 Kategori telah dipertandingkan pada tahun ini iaitu Pertandingan Mencipta Montaj HIK JPM, Anugerah Inovasi JPM, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Anugerah Pengurusan, Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial JPM serta Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

Melalui majlis ini Jakim telah berjaya merangkul sebanyak 4 anugerah. Anugerah berkenaan adalah:
 
  1. Johan dalam Anugerah Inovasi JPM 2014 bagi Kategori ICT melalui projek ‘Halal Square & Halal Inside’.
  2. Naib JohanKonvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) melalui Kumpulan G-Daie dengan tajuk projek “Kelemahan Penyelarasan Dan Pengurusan Maklumat Penceramah Agama Islam di Malaysia.
  3. Anugerah Olahragawati yang dimenangi oleh Puan Shukriyah binti Mohamad dari Bahagian Kewangan Jakim.
  4. Anugerah Olahragawan yang telah dimenangi oleh En Mohd Azam bin Mohd Daud dari Bahagian Kewangan, Jakim.
 
Jakim sekali lagi jelas telah membuktikan bahawa agensi agama mampu bersaing dari segenap sudut termasuk inovasi dengan kejayaan dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM) bagi Kategori ICT selama tiga tahun berturut turut dengan mendapat Johan dari tahun 2013 dengan projek ‘e-Halal’ dan pada tahun 2014 melalui projek Jakim.TV.

Tahniah sekali lagi kepada Jakim kerana telah berjaya membuktikan bahawa Jakim merupakan agensi agama yang sentiasa berdaya saing dalam segenap bidang dan mampu untuk menjadi agensi yang serba boleh dalam menongkah arus bagi merealisasikan hasrat kerajaan agar menjadi sebuah agensi yang berinovatif serta merentasi arus globalisasi.-
 
Jakim Rangkul 4 Anugerah Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM
 
Jakim Rangkul 4 Anugerah Hari Inovasi JPM 2
 
Jakim Rangkul 4 Anugerah Hari Inovasi JPM 3
 
Jakim Rangkul 4 Anugerah Hari Inovasi JPM 4
 
Jakim Rangkul 4 Anugerah Hari Inovasi JPM 5
 
Jakim Rangkul 4 Anugerah Hari Inovasi JPM 6
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 01 Jun 2020.
Jumlah Pelawat :12414298