Iftar Ramadhan 1433H Anjuran Islamic Outreach ABIM

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur di sini hari ini. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Islamic Outreach ABIM, YBhg. Encik P.Aizan Tukirin dan wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno
 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Islamic Outreach ABIM. Ianya diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan cenderahati berupa hamper dan duit kepada para fakir miskin, pelarian dari Rohingya, anak-anak yatim dan miskin di bawah Program Tajaan Islamic Outreach ABIM, anak-anak yatim dan miskin dari Madrasah Al-Hashimah, Selayang, Selangor serta para saudara baru yang terdiri daripada mereka yang datang dari negara Nigeria, Ghana, Cameroon, Britain, Nepal, Myanmar, Sri Lanka dan Filipina. Seramai lebih kurang 70 orang penerima sumbangan tersebut telah hadir menerima sumbangan tersebut.

 

Sebelum Majlis Berbuka Puasa berlangsung, hadirin dapat mendengar Ceramah Nuzul Quran yang diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara oleh YBhg. Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman yang merupakan seorang penceramah bebas.

 

Majlis ini berjaya mencapai sasarannya iaitu untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara Sukarelawan Masjid Negara dengan para fakir miskin, para saudara baru dan pelarian dari Rohingya serta dapat terus mengimarahkan Masjid Negara sebagai Masjid terulung di Malaysia.

 

Di harap program-program sebegini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk terus mengimarahkan Masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.
 

 

Disediakan oleh:

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PUSAT SUMBER
MASJID NEGARA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Tarikh: 
Aug 05, 2012