Iklan Sebut Harga Jakim Bil.23/2012

Tarikh Akhir Paparan: 
Ogos 16, 2012
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
JABATAN PERDANA MENTERI
 
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
 
Tawaran Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), Kelas F yang masih sah tempohnya di bawah kepala dan sub kepala berkaitan dan berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), bagi menyertai sebut harga berikut:
 
NO. SEBUT HARGA
TAJUK SEBUT HARGA
KELAS PENDAFTARAN
TARIKH DIBUKA
TARIKH DITUTUP
TARIKH LAWATAN TAPAK DAN TEMPAT BERKUMPUL
 
Jakim Bil.23/2012
 
 
KERJA-KERJA MEMBINA RUMAH PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI, DI KAMPUNG ORANG ASLI (KOA) KELAWAT SIMPANG PULAI IPOH PERAK
 
PKK
Kelas F, kepala II, Sub - Kepala 2(a)
 
DAN
 
CIDB Gred G1 Kategori B Pengkhususan B04
 
2/8/2012
(Khamis)
 
16/8/2012
(Khamis)
 
8/8/2012 (Rabu)
Jam 10.00 pagi
 
Di Surau Kampung Orang Asli Kelawat Simpang Pulai Ipoh Perak
Pegawai Penyelaras :
 
1. Encik Mohammad
Adam bin Mohd Yazid
(Tel:03-8886 4815)
 
2. Tuan Haji Jamalludin
bin Abdul Aziz
(Tel:03-8886 4121)
 
 
2.         Dokumen sebut harga boleh diperolehi pada waktu lawatan tapakdiKampung Orang Asli Kelawat Simpang Pulai Ipoh Perak. Dokumen sebut harga boleh  didapatkan secara PERCUMA namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat/wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan Sub kepala berkaitan danLembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang masih sah tempohnya beserta salinan setiap satu (salinan tidak akan dikembalikan).
 
3.         Dokumen yang telah lengkap diisi dan dilakri serta ditulis no. sebut harga disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan di Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 8, Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 PUTRAJAYA sebelum atau pada 16/8/2012 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
 
4.         Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan bersama penyebut harga dan kehadiran penyebut harga adalah DIWAJIBKAN. Hanya dua (2) wakil penyebut harga dibenarkan menyertai sesi tersebut. Penyebut harga yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti yang ditentukan di atas.