Iklan Temu Duga Pengambilan Pelatih Sijil Asas Pengajian Islam Dan Dakwah Sesi 2014

Jenis Iklan: 
Iklan
Tarikh Akhir Paparan: 
Oktober 5, 2013
 
 

IKLAN TEMU DUGA

PENGAMBILAN PELATIH

SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

SESI 2014

 
 
PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT
JAKIM CAWANGAN SABAH
KM. 22, JALAN SIKUATI
PETI SURAT 406
89059 KUDAT
SABAH
 
No. tel.: 088 612 359 No. faks: 088 612 242
 

1. PENGAMBILAN PELATIH

PLD Kudat adalah institusi latihan dan pendidikan JAKIM. Para calon yang memenuhi syarat dan berkelayakan dipelawa untuk mengikuti Sijil Asas Pengajian Islam Dan Dakwah.

 

2. SISTEM PENGAJIAN

 

Pengajian dilaksanakan mengikut sistem semester selama satu tahun (dua semester) merangkumi kurikulum dan ko-kurikulum yang digubal khas oleh Jawatankuasa Kurikulum, Pusat Latihan, JAKIM.

 

3. KEUTAMAAN

Para calon yang telah mengisi/melengkapkan Borang Permohonan WAJIB menghadiri proses temu duga pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama borang yang telah diisi semasa menghadiri temu duga.

 

4. TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan pada 4 Oktober 2013 (Jumaat). Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLD Kudat di talian 088 612 359 dan faks 088 612 242.

 

5. SYARAT DAN KELAYAKAN

 

Syarat dan kelayakan permohonanadalah seperti berikut:

    1.        Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas

    2.        Mempunyai minat belajar, bersedia dibimbing, mematuhi peraturan dan arahan

    3.        Telah  menamatkan pendidikan menengah rendah kebangsaan atau yang setaraf

    4.        Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Malaysia

    5.        Sihat mental dan fizikal

    6.        Tidak menunggu mana-mana keputusan peperiksaan dan tawaran kerja

    7.        Lulus ujian temu duga

    8.        Bujang dan bersedia untuk tidak berkahwin semasa tempoh pengajian

    9.        Keutamaan kepada saudara baru

 

6.  CARA MEMOHON

 

Borang Permohonan boleh didapati melalui saluran berikut:

  1. Laman web JAKIM http://www.islam.gov.my

  2. Laman web JHEAINS http://www.jheains.sabah.gov.my

       3.   Ibu Pejabat JAKIM Cawangan Sabah (088 488 641/2/3/4)

       4.    PLD Kudat (088 612 359)

       5.    IPDAS (087 331 868)

       6.   PLI Kundasang (088 888 285)

       7.  PLI Lahad Datu (089 886 801)

       8.  Pejabat JHEAINS Daerah yang berdekatan

 

7.    MAKLUMAN

Calon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 31 Disember 2013 (Selasa) dianggap tidak berjaya.