KELAYAKAN MASUK

Syarat-syarat Kemasukan Pelajar

Syarat-syarat kemasukan pelajar adalah seperti berikut :-

a- Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.

b- Lulus Sijil Pelajaran malaysia (SPM) dengan kepujian dalam 4 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Arab (Tinggi atau Komunikasi) dan mana-mana satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris.

c- Kelayakan lain :-

  • Kakitangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) yang telah berkhidmat di institusi-institusi Islam (kerajaan/swasta) sekurang-kurangnya 3 tahun.Calon ini perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu dan pendidikan Agama Islam.
  • Lain-lain kelulusan yang setaraf dan diperakukan oleh Lembaga  IKMAS.