"Iktibar & Peristiwa Israk dan Mikraj"

Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menganjurkan Program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Kali ke 3 yang bertajuk “Iktibar dan Peristiwa Israk dan Mikraj” bertempat di Dewan Syura  Aras 9, Blok D7. Program ini telah berlangsung  pada hari Jumaat 1 Julai 2011. Ianya merupakan salah satu program berkala yang diadakan oleh Bahagian Dakwah.
 
Seramai 118 orang yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri, seorang pendakwah dan penulis buku yang tidak asing lagi di Malaysia .Tujuan program ceramah ini  diadakan adalah untuk meningkatkan  pengetahuan, komitmen dan integriti dalam menjalankan tugas  serta tanggungjawab khususnya kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan ini. Program Ceramah ini telah diadakan pada kali ke 3 bagi  tahun 2011.Antara isi kandungan ceramah yang telah disampaikan ialah Ikhtibar dan peristiwa Israk & Mikraj menyingkap  kembali sirah dan keperibadian Nabi s.a.w serta para sahabat dalam membina keunggulan peribadi serta memartabatkan Islam sebagai satu-satunya agama yang menjamin kemaslahatan dunia dan akhirat. Kita dibawa merenung kembali entiti  dan konsep sebenarnya peristiwa ini. Adakah kita setiap tahun menghayati Israk dan Mikraj? adakah kita membawa sebarang perubahan positif kepada diri kita? Marilah kita bersama-sama  menghayati dan mengambil inisiatif rentetan pengorbanan Rasulullah s.a.w, dan menghargai setiap detik perjuangan  Rasulullah s.a.w yang  sanggup berjuang untuk umatnya.
 
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua kakitangan awam khususnya JAKIM dalam meningkatkan jati diri serta iktibar untuk diamalkan dikalangan mereka pada masa akan datang.