Imam-imam Masjid Daerah Tawau Tingkatkan Ilmu Berhubung Isu Semasa

JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah berjaya mengadakan Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Bahagian Tawau, <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Sabah pada 1 hingga 3 April 2008 bertempat di Hotel Belmont Marco Polo Tawau.

 

Program ini merupakan kesinambungan program pertama yang telah diadakan di Bahagian Pantai Barat Selatan. Peserta yang menghadiri program ini adalah seramai 150 orang yang meliputi Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Masjid Seluruh Bahagian Tawau.

 

Antara objektif diadakan seminar ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan isu semasa yang berlaku dalam negara di samping menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan hal ehwal masjid.

 

Majlis Perasmian Seminar ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mamat b Said –Ketua Penolong pengarah Bagaian KESUMA mewakili Pengarah Bahagian KESUMA JAKIM.

 

Rata-rata peserta yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada JAKIM kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seumpama ini. Melalui program ini para peserta dapat menambahkan lagi maklumat untuk disampaikan kepada anak kariah masing-masing.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Di akhir program ini para peserta telah diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang mengikuti seminar ini dengan penuh komitmen. Para peserta mengharapkan agar pihak JAKIM meneruskan usaha mengadakan program seumpama ini di masa akan datang.