Institut Dakwah bakal ditubuhkan di Utara

Tidak lama lagi akan tertubuhnya sebuah Institut Dakwah di utara tanahair yang bakal melahirkan pendakwah professional. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Pulau Pinang, Y.B Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee merangkap Pengerusi Institut Dakwah (INDAH) Negeri Pulau Pinang.

Bagi menjayakan hasrat besar ini, jawatankuasa pelaksanaan yang diketuai oleh Y.B Tuan Haji Makhtar bin Haji Shapee telah mengadakan lawatan ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 9 Februari 2012. Rombongan telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin. Ahli rombongan ditayangkan video korporat ILIM yang memaparkan aktiviti pusat-pusat serta taklimat Pembangunan ILIM Fasa 1 hingga Fasa 3 yang disampaikan oleh Hajah Pauzaiyah Haron, Pengarah ILIM.

Dalam ucapan ketua rombongan, Y.B Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee melahirkan penghargaan di atas sambutan Jakim dan ILIM. Beliau berharap lawatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta perkongsian pandangan bagi menjayakan penubuhan institusi dakwah di Pulau Pinang ini bakal melahirkan pendakwah sepenuh masa, berkaliber serta professional. Beliau hadir bersama 6 ahli jawatankuasa yang lain iaitu Profesor Madya Haji Mohd Talhah bin Idrus, Sr. Sheikh Zahry bin Abdul Rahman dan Profesor Dr. Kamarulazizi bin Ibrahim, dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, jurutera perunding dan En. Mohammad Fadzil bin Alias selaku Pengerusi Yayasan Ummah Pulau Pinang. Turut hadir bersama rombongan ini ialah Puan Mariah binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bertindak sebagai urusetia lawatan.

YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran semua ahli rombongan ke ILIM. Beliau turut menyatakan kegembiraan dengan hasrat penubuhan institut dakwah di Pulau Pinang. Saya mewakili Ketua Pengarah Jakim mengalu-alukan serta menyokong penuh kerjasama baik dari negeri-negeri dalam usaha menambah serta menggilap potensi para pendakwah Islam bagi menampung keperluan masyarakat Islam yang pelbagai etnik.ujar beliau lagi. Sesi soal jawab berlangsung dengan baik dan dijayakan oleh YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Pengarah serta Timbalan Pengarah ILIM.


Ucapan aluan dari TKP (PI)


Antara ahli rombongan yang hadir
 


Penyampaian cenderamata