Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah siap membina modul pentaksiran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pada awal tahun 2020. Bagi memastikan modul ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, sebanyak 2 siri Kursus Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Pendidikan Guru KAFA telah diadakan pada 12-13 September dan 26-27 September 2020 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan berkaitan kaedah pentaksiran KAFA yang akan diperkenalkan nanti.

Peserta kursus pula terdiri daripada guru-guru KAFA Integrasi Al-Ehsaniyyah yang mana mereka akan dilatih untuk menjadi pembimbing latihan (jurulatih utama) pada masa akan datang. Manakala modul yang digunakan dalam kursus ini ialah modul bagi instrumen pentaksiran portfolio (portfolio assessment).

Barisan fasilitator kursus ini diketuai oleh YBrs. Dr Khodori bin Ahmad, mantan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan merangkap Ahli LEPAI, para pegawai dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Perguruan Guru Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, penyelia serta guru KAFA yang terpilih. Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Diharap dengan adanya kursus seperti ini, para guru KAFA dapat menjadikan pentaksiran KAFA sebagai salah satu medium untuk mengaktifkan murid dalam pembelajaran.

WhatsApp Image 2020 09 28 at 7.21.01 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 7.24.29 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 7.24.29 AM 1

WhatsApp Image 2020 09 28 at 7.24.29 AM 2

WhatsApp Image 2020 09 28 at 11.58.22 AM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 12.00.47 PM

WhatsApp Image 2020 09 28 at 12.00.47 PM 1

WhatsApp Image 2020 09 28 at 10.50.57 AM

Bahagian Pendidikan
JAKIM