Kurator Berita : Bahagian Khidmat Pengurusan
Bangunan yang retak tidak akan menjadi kukuh  tapaknya. Begitu juga, hubungan sesama saudara muslim, untuk menguatkan hubungan, kita perlu saling kasih mengasihi dan saling bantu-membantu, ziarah menziarahi antara sesama ummah, dalam mengukuhkan hubungan silaturahim sebagai hamba seterusnya dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW ‘’ seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti bangunan di mana bahagiannya saling menguatkan bahagian yang lain’’ (Riwayat Muslim).
 
Justeru itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Taqwa, Family Oxford Expedition (FOX), Pajero Revolution Community (PRC) dan Charitable Association Of Cambodian Islamic Graduates, telah mengadakan program Kembara Eksplorasi Dakwah Trans Asia (KEDTA2015), bermula 27 Ogos hingga 9 September 2015. Kembara ini telah disempurnakan pelepasannya oleh YBhg. Dato’Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jakim, di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
 
Kembara ini melibatkan sebanyak 15 buah kenderaan pacuan 4 roda (4x4), dengan peserta seramai 48 orang telah berjaya membawa misi ke sana, dalam membantu dan merasai keperitan masyarakat muslim di Kemboja. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kg. Channang, Kemboja, melalui negara Gajah Putih (Thailand) telah memakan masa selama 3 hari dengan kilometer lebih kurang 2500km sehala. Tentunya satu perjalanan yang sangat melelahkan, tetapi dek kerana semangat delegasi kembara yang sangat membara, untuk menyantuni masyarakat di sana dengan kerja bakti, semua kepenatan terasa berlalu begitu sahaja. Setibanya di sana, kami telah mengatur satu kunjung hormat ke Kedutaan Malaysia di Kemboja. Kunjungan ini, telah diketuai oleh YBhg. Dato Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jakim.
 
Setelah selesai mengadakan kunjung hormat, destinasi delegasi tentunya ke Kampung Air Dalam, untuk bersama-sama masyarakat di sana. Sambutan mereka sangat menyentuh hati kami semua, dek kerana mereka menunggu  ketibaan kami dengan sambutan yang sangat meriah. Kami semua mula mengatur langkah dengan atur cara yang telah ditetapkan, dengan acara menyembelih lembu untuk dijadikan masakan bagi hidangan tengah hari kepada masyarakat, di samping ziarah dakwah ke rumah-rumah terpilih yang sangat menginsafi diri dengan kesyukuran nikmat yang Allah berikan kepada umat Islam di Malaysia.
 
Selain itu,  klinik bergerak turut dibuka, oleh pasukan Pusrawi dan PICOMS, dengan  mengedarkan vitamin-vitamin kepada kanak-kanak dan warga emas, serta menunjukkan cara penjagaan rambut dan gigi kepada kanak-kanak. Begitu juga, kelas mengajar Al-Quran dan bahasa Melayu,, turut menjadi agenda, dalam memberi perkongsian kepada kanak-kanak di sana. Kehidupan masyarakatnya sangat budiman, kerana semua penduduk turut mengambil bahagian dalam menjayakan program yang telah diadakan ini.
 
Setelah berkongsi pelbagai aktiviti dan pengetahuan, sehari bagaikan sejam, begitu cepat masa berlalu, dengan kami terpaksa meninggalkan kampung yang indah menghijau dengan lautan padi sejauh mata memandang. Puasnya hati terasa, mudahan semua amal ini dihitung oleh Allah SWT. Itulah antara harapan kami, mudahan juga, ilmu dan amal yang dikongsikan menjadi jariah buat kami di akhirat kelak. Biarlah diri menjadi lilin yang akan menerangi jalan untuk menuju masa depan ummah yang gemilang.
 
Kembara Eksplorasi Dakwah TRANS ASIA KEDTA15 MalaysiaThailandKemboja5000 km
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 2
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 3
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 4
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 5
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 6
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 7
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 8
 
kembara eksplorasi dakwah kedta15 9