WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Institut Latihan Islam Malaysia
Jalan Maktab, Seksyen 12,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
No. Telefon : 03-89218500
No. Faks : 03-89218500
 
 
ILIM SEPINTAS LALU
 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat.
 
ILIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM yang ditubuhkan pada 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 31 ekar di Bangi , Selangor. ILIM mempunyai seramai 116 pegawai dan kakitangan. ILIM telah beroperasi dengan kekuatan 7 pusat utama dan masing-masing menganjurkan kursus, seminar, muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara.
 
Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Kursus Profesionalisme Imam Negara Serantau yang diadakan setiap tahun.
 
Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009.
 
Mulai tahun 2010, ILIM menyediakan kursus di peringkat diploma dan sijil tinggi iaitu Diploma Pengurusan Islam dan Sijil Tinggi Sains Dakwah.
 
Selaras dengan permintaan dan keperluan semasa yang kian meningkat dari dalam dan luar negara, satu cawangan baru telah dibuka iaitu ILIM Wilayah Timur yang bertempat di Besut,Terengganu. ILIM Wilayah Timur mula beroperasi pada 16 Februari 2010 bagi menampung keperluan kursus untuk masyarakat di Pantai Timur, Malaysia.
 
 
BIDANG KEPAKARAN

ILIM Kampus Utama Bangi

Bidang Kepakaran/ Fokus:-
Kecemerlangan Kepemimpinan dan Pengurusan Hal Ehwal Islam.
 
Antara kursus-kursus utama:-
  1. Kursus Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM)
  2. Kursus Profesionalisme Imam*
  3. Kursus Profesionalisme Muazzin
  4. Kursus Profesionalisme Pendakwah*
  5. Kursus Pengurusan Pensijilan Halal*
  6. Kursus Profesionalisme Penguatkuasaan Syarie*
  7. Kursus Profesionalisme Pendakwaan Syariah*
  8. Kursus Pengurusan Harta dan Kewangan Islam*
  9. Kursus Muamalat*
  10. Kursus Pengurusan Kekeluargaan Islam*
  11. Kursus Kaunseling Syarie*
  12. Kursus Profesionalisme Pensyarah*
  13. Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris*
  14. Kursus Pemerkasaan Bahasa Arab*
  15. Kursus Bahasa Isyarat dalam Ibadah*
  16. Kursus Pengkaedahan Jawi*
  17. Kursus Perancangan Strategik
  18. Kursus Metodologi Penyelidikan*
  19. Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Pelaporan Berkualiti*
  20. Kursus Profesionalisme Kepemimpinan*
  21. Kursus Pembangunan Perkaderan PHEI*
  22. Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis
  23. Kursus Creative Thinking and Problem Solving
  24. Kursus Pengurusan Organisasi Cemerlang
  25. Kursus Pembudayaan Korporat
  26. Kursus Coaching and Mentoring
  27. Kursus Kejurulatihan Profesional*
  28. Kursus Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol*
  29. Kursus Penulisan Dakwah Kreatif
  30. Kursus Tafaqquh Fiddin
  31. Kursus Falak Syarie
  32. Kursus Pengurusan Fatwa
  33. Kursus Fiqh Awlawiyyat dan Maqasid*
  34. Kursus Ulum Quran dan Hadith
  35. Kursus Akidah dan Pemikiran Islam*
*Kursus mempunyai beberapa tahap/ modul
 
 
ILIM Kampus Besut

Bidang Kepakaran/ Fokus:-
Program Teambuilding dan Pembangunan Insan, Pengurusan Pejabat.
 
Kursus-kursus utama:-
  1. Kursus Smart Ukhwah
  2. Kursus Smart Integriti
  3. Kursus Smart Solat
  4. Kursus Solat Kritikal
  5. Kursus Pengurusan Keluarga Bahagia
  6. Kursus Pengurusan Stress
  7. Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Masjid
  8. Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi
  9. Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti
  10. Kursus Pengurusan Mesyuarat Efektif
  11. Kursus Pengurusan Fail dan Rekod
  12. Kursus Microsoft Office dalam Pengurusan Pejabat
 
 
ILIM Kampus Jelebu

Bidang Kepakaran/ Fokus:-
Pengurusan Kepemimpinan Belia, Akidah dan Aliran Pemikiran
 
Kursus-kursus utama:-
  1. Kursus Smart Mukmin
  2. Kursus Profesionalisme Mukmin*
  3. Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Sahsiah
  4. Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
  5. Kursus Pemahaman Aliran Pemikiran
  6. Kursus Pemahaman Ilmu Tasawuf dan Tarekat*
  7. Kursus Perbandingan Agama
  8. Kursus Terapi Syarie
*Kursus mempunyai beberapa tahap/ modul
 
 
ILIM Kampus Kundasang
 
Bidang Kepakaran/ Fokus:-
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Asas Bahasa Arab dan Perkaderan Dakwah.
 
Kursus-kursus utama:-
  1. Kursus Pedagogi Pengajaran Bahasa Arab (Asas)
  2. Kursus Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
  3. Kursus Metodologi Dakwah Masyarakat Majmuk
  4. Kursus Kaunseling Syarie untuk Da’ie (Asas)
 
 
ILIM Kampus Lawas
 
Bidang Kepakaran/ Fokus:-
Pengurusan Keluarga, Komuniti dan Program Ukhwah
 
Kursus-kursus utama:-
  1. Kursus Pengurusan Keluarga Bahagia
  2. Kursus Smart Komuniti Silang Budaya
  3. Kursus Pengukuhan Ukhwah
  4. Kursus Pengukuhan Ibadah
  5. Kursus Bahasa Etnik untuk Da’ie
  6. Kursus Komuniti Bestari
 
 
ILIM Kampus Lahad Datu
 
Bidang Kepakaran/ Fokus:-
Profesionalisme Imam dan Pengimarahan Masjid
 
Kursus-kursus utama:-
  1. Kursus Penyampaian Khutbah Berkualiti
  2. Kursus Pengimarahan Masjid
  3. Kursus Tahsin Qiraat Imam
  4. Kursus Profesionalisme Mu’azzin
  5. Kursus Pengurusan Organisasi Masjid
  6. Kursus Kejurulatihan Pengurusan Jenazah
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12346100