Israk Mikraj : Perkukuh Akidah Ummah

 
Kota Kinabalu - Pada 19 Jun 2012 yang lalu, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan Program Wacana Minda siri 6/2012 bertempat di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan persekutuan, agensi agama dan NGO Islam telah mengikuti program berkenaan.
 
Siri wacana minda kali ini membincangkan berkenaan peristiwa besar Israk dan Mikraj yang telah berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan sejarah disyariatkan ibadah yang paling utama dalam Islam iaitu solat. Objektif program ialah untuk memberi input baru dan nilai tambah kepada masyarakat berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj, menperkukuhkan penghayatan dan pengamalan masyarakat terhadap ajaran Islam yang sebenar serta memperkaya minda melalui perkongsian ilmu disamping membudayakan majlis ilmu di kalangan masyarakat.
 
Slot pengisian kali ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah yang mengupas mengenai tajuk “Israk : Kesannya Kepada Umat Masa Kini”. Seterusnya Tuan Haji Md. Zaki bin Haji Abdul Manan, Pengerusi Koperasi Muslimin Wilayah Persekutuan telah membincangkan mengenai “Mikraj : Kesan Kepada Umat Zaman Moden”. Manakala moderatornya pula ialah Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
 
Antara aktiviti lain yang turut dijalankan pada program berkenaan termasuklah alunan asmaul husna, selawat shifa’ dan kuiz berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. Para peserta memberikan komitmen yang maksimum sepanjang program berlangsung. Menariknya, terdapat seorang peserta bukan melayu daripada 300 peserta yang hadir telah berjaya menjawab semua betul dalam kuiz yang dianjurkan. Majoriti mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
 
Peserta yang hadir bersama-sama mengalunkan Asmaul Husna dan Selawat Shifa
 
 
Ustaz Ahmad Zaki sedang menyampaikan ceramah pertama
 
 
Tuan Haji Md Zaki turut membentangkan mengenai ‘Mikraj’
 
 
Salah seorang peserta sedang mengutarakan soalan kepada penceramah
 
 
Antara pemenang kuiz dalam program tersebut