Isu Perancangan Keluarga Daripada Perspektif Islam Dibincangkan Dalam Pertemuan Antara Delegasi Pakistan Dengan Jakim

Fatwa berkenaan perancangan keluarga yang disepakati ulama’ pada tahun 1977 menggariskan bahawa umat Islam diharuskan untuk menyusun institusi sesebuah keluarga daripada segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga tetapi bukan mengehadkan bilangan anak. Ini adalah sebahagian daripada isu utama yang telah dibincangkan dalam pertemuan dengan delegasi daripada Kementerian Kebajikan dan Perancangan Penduduk, Pakistan dalam rangka lawatan mereka ke Jakim, Putrajaya pada 23 Februari 2009 bersamaan 27 Safar 1429H.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Delegasi seramai lapan orang termasuk dua pengiring daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini diketuai oleh Mr. Nayyar Agha, Ketua Setiausaha Kementerian Kebajikan dan Perancangan Penduduk, Pakistan. Perbincangan berlangsung di Dewan Syura, Aras 9, Jakim dan beberapa wakil bahagian Jakim turut serta di dalam perbincangan berkenaan. Perbincangan dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Abd. Samad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, Jakim.

Dalam pertemuan tersebut, anggota delegasi didedahkan dengan peranan dan fungsi Jakim secara menyeluruh melalui persembahan video korporat Jakim versi bahasa Inggeris. Semasa sesi dialog, anggota delegasi mendapatkan maklumat mengenai implementasi perancangan keluarga daripada perspektif Islam di Malaysia dan perbincangan dua hala mengenai isu semasa turut mengambil tempat.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada pihak Jakim dan kedua-dua pihak mengharapkan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Tuan Haji Abdul Hamid sedang mempengerusikan majlis

Mr. Nayyar Agha, Ketua Delegasi Pakistan

Barisan anggota Delegasi Pakistan

Antara wakil Jakim yang hadir

Perbincangan sedang berlangsung

Tuan Haji Abdul Hamid sedang menyampa
kan cenderamata kepada Ketua Delegasi Pakistan

Wakil Jakim dan anggota Delegasi Pakistan bergambar beramai-ramai