JAKIM Akan Terbit Buku Soal Jawab Kemusykilan Agama

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Bagi memenuhi tuntutan mesyarakat dalam ilmu pengetahuan agama, JAKIM akan menerbitkan sebuah buku berbentuk soal jawab kemusykilan agama. Buku ini adalah merupakan koleksi soal jawab kemusykilan agama melalui telefon dan internet kelolaan Bahagian Dakwah, JAKIM.

Soal jawab kemusykilan agama adalah merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh JAKIM kepada mesyarakat. Perkhidmatan ini telah menjadi hotline yang menarik perhatian umum khususnya masyarakat di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

 

Pelbagai persoalan yang menyentuh kehidupan seharian telah diajukan meliputi bidang Akidah, Toharah, Ibadat, Munakahat, Muamalat, Jenayah, isu-isu semasa dan lain-lain. Setiap persoalan yang dikemukakan oleh orang awam akan disediakan jawapan dan direkodkan mengikut bidang-bidang berkenaan.

 

Bagi tujuan penerbitan buku tersebut, satu bengkel pemurnian dan penambahbaikan mengenai soalan dan jawapan kemusykilan agama telah diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2005 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, Terengganu.

 

Seramai 30 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri dari pegawai JAKIM, pegawai Jabatan Mufti Negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka dan Selangor.

 

Melalui bengkel in, sebanyak 400 soalan dan jawapan telah dapat dimurnikan dengan membuat penambahbaikan dan kemaskini dalil al-Quran dan al-Hadis. Persoalan dan jawapan yang telah sempurna akan dibukukan dan diterbitkan oleh JAKIM untuk diedarkan kepada masyarakat tidak lama lagi.