Jakim Bekerjasama Dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) Kedah

Pada 6–8 Mac 2009, Bahagian Latihan Jakim telah mengadakan Program Pra Temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 kepada calon-calon pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Kedah bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani Kedah. Kerjasama penganjuran program seumpama ini buat julung kali diadakan antara Jakim, Kerajaan Negeri Kedah dan INTAN.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk mempertingkatkan profesionalisme dan memantapkan kaedah pengambilan pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam melalui assessment supaya hanya calon-calon yang sesuai dipilih untuk berkhidmat, seimbang dari segi kualiti kerja, moral dan integriti. Seramai 13 orang calon telah hadir bagi mengikuti proses tapisan tersebut. Pegawai-pegawai dari Jakim, SPA Kedah dan INTURA telah terlibat sama sepanjang tempoh perlaksanaan program sebagai urusetia, fasilitator, penilai dan pegawai pemerhati.

Dengan perlaksanaan Program Pra Temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, Jakim berharap dapat membantu SPA Kedah untuk mengenalpasti calon yang terbaik di kalangan yang baik bagi mengisi kekosongan jawatan di negeri Kedah.