Jakim Cawangan Sarawak Menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1431H/ 2010M
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /> Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak yang berlangsung di Bandar Sri Aman pada 26 Februari 2010 turut disertai oleh kontinjen JAKIM Cawangan Sarawak. Perarakan sempena Maulidur Rasul ini melibatkan penyertaan sejumlah 5000 orang kakitangan kerajaan, swasta dan orang awam menerusi 122 buah kontinjen dari Sri Aman, Kuching, Serian, Betong dan Sarikei. Sebelum bermulanya perarakan terbabit, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bersama YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah dan Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud tiba di Padang KPSU Lama Sri Aman jam 7.40 pagi. Setelah selesai ucapan perasmian oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, perarakan kemudian dimulakan dengan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bersama YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah mengetuai perarakan bermula dari Padang KPSU Lama Sri Aman bermula jam 9.15 pagi. Secara keseluruhannya perarakan ini menempuh perjalanan sejauh 4.5 kilometer dan telah menarik perhatian penduduk bukan beragama Islam dalam bandar Sri Aman yang ingin menyaksikan acara terbabit dengan lebih dekat. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Muda Hal Ehwal Islam, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Kemajuan Tanah, YB Datuk Francis Harden Hollis dan Adun Lingga, YB Hajah Simoi Haji Peri turut hadir sama bagi menjayakan acara perarakan yang berlangsung selama satu jam itu.
- Hits : 1807







