JAKIM Cawangan Sarawak Sertai Perarakan Maulidur Rasul 1433H

Pada 5 Februari 2012 baru-baru ini,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak (JCS) telah menyertai perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Stadium Miri.JCS telah menghantar 1 kontijen perarakan yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Azlan bin Marukum dan dianggotai seramai 45 anggota dari pelbagai gred jawatan dan pangkat.Adalah menjadi kelaziman kontijen JCS untuk turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul setiap tahun.
 
Kontijen JCS telah bertolak dari Kuching dengan menaiki bas pada jam 8.00 pagi hari Jumaat,3 Februari 2012.Perjalanan mengambil masa selama 16 jam.Ketibaan kontijen JCS di Imperial Hotel Miri pada 12 malam hari yang sama telah disambut oleh ketua Unit Jakim Miri Ustaz Naqzrul Azraf bin Mohd Nazarludin.
 
Menurut pengarah JCS Ustaz Abdul Hamid bin Mohamed Salleh,katanya "pengalaman perjalanan yang jauh seperti ini amat bermakna sekali bagi semua peserta kontijen sekurang-kurangnya mereka dapat merasai dan menghayati sedikit sebanyak kepayahan dan perit jerih perjalanan dan perjuangan Rasullullah S.A.W dalam menegakkan ajaran Islam yang suci.
 
Perarakan Maulidur Rasul tahun ini , menghimpunkan 10,000 peserta yang mewakili 138 kontijen yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan,badan berkanun dan swasta.Turut menarik perhatian,keunikan perarakan Maulidur Rasul di Negeri Sarawak berbanding negeri-negeri lain di Malaysia ialah penglibatan penuh semangat kontijen Non Muslim dari kalangan kaum Tionghua dan Dayak bersesuaian dengan tema pada tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah."
 
Tetamu Kehormat yang turut hadir pada perarakan tersebut ialah Pemangku Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nasar,Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Haji Abdul Taib bin Mahmud,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Dan Pembangunan Infrastruktur Y.B Datuk Ir. Haji Daud bin Abdul Rahman dan Yang di Pertua Majlis Islam Sarawak Y.Bhg Datu Haji Putit bin Md Zin.Turut hadir Ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
Feb 05, 2012   - Mar 11, 2012