Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

JELEBU, 19 JUN 2020 – ILIM Kampus Jelebu telah menerima kunjungan Pengarah Kanan ILIM Kampus Utama Bangi, YBhg. Dr. Nordin bin Ahmad dalam rangka sesi lawatan kerja beliau ke kampus-kampus cawangan. Beliau yang tiba kira-kira jam 10.00 pagi bersamabarisan pimpinan ILIM Kampus Utama Bangi yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Profesionalisme, Ustazah Zaizurina binti Mansor, Timbalan PengarahCawangan Pembangunan Kompetensi, Ustazah Adawiah binti Lias dan Pendaftar ILIM, Encik Mohammad Fairuz bin Mohd Nasir. Lawatan initelah disambut oleh Pengarah ILIM Kampus Jelebu, Ustaz Norawi bin Endut serta kakitangan ILIM Kampus Jelebu yang lain.

Dalam sesi ucapannya, beliau telah menyeru warga kerja ILIM Kampus Jelebu agar sentiasa kreatif dalam menyediakan kursus dan latihan agar ianya lebih bersifat global serta menepati kehendak dan trend semasa, di samping tidak meminggirkan kursus-kursus akidah yang selama ini banyak dilaksanakan di ILIM Kampus Jelebu. Beliau turut menasihatkan agar setiap kakitangan meningkatkan kemahiran terutama dalam mengendalikan kursus-kursus yang bersifat dalam talian memandangkan ia lebih mudah diakses oleh peserta dan selari dengan perkembangan semasa. Dalam pada masa yang sama juga beliau turut mengingatkan agar setiap warga kerja mengekalkan SOP yang telah digariskan oleh kerajaan dalam membendung wabak Covid -19.

Diakhir lawatan ini, beliau telah dibawa melihat sekitar kawasan ILIM Kampus Jelebu bagi meninjau sendiri keadaan fasiliti dan prasana yang disediakan di ILIM Kampus Jelebu. Sesi lawatan kerja beliau berakhir kira kira jam 3.00 petang.

lawatan ke jelebu1

lawatan ke jelebu3

lawatan ke jelebu2

lawatan ke jelebu5

lawatan ke jelebu6

lawatan ke jelebu7