Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

PUTRAJAYA: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mendapat suntikan semangat apabila menerima hadiah berupa sebuah bas dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Penyerahan bas tersebut diserahkan oleh YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri kepada Dr. Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM pada 1 Julai 2020 bertempat di Blok D8, Jabatan Perdana Menteri.

ILIM merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak JPM di atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga bas berjenama SCANIA yang boleh memuatkan seramai 40 orang penumpang itu akan dapat dimanfaatkan oleh Warga ILIM sepenuhnya.

JPM hadiah bas kpd ILIM 1

JPM hadiah bas kpd ILIM 2

JPM hadiah bas kpd ILIM 3

JPM hadiah bas kpd ILIM 4