Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 10 Julai 2020 - Lawatan Walkabout Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM, YBhg. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi ke Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi, Selangor telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020 yang lalu.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAKIM, Puan Azlin binti Azizan dan Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Saliza binti Mokhtar. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk untuk meninjau keadaan fizikal prasarana ILIM di samping menjadi medium perkongsian idea antara pengurusan ILIM dan JAKIM berkaitan pengurusan.