JAKIM dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM) Bentuk Sukarelawan Masjid
JAKIM dengan kerjasama Dewan Pemuda Masjid Malaysia ( DPMM ) telah mengadakan Kursus Perkaderan Rakan Muda Masjid pada 22 – 24 Ogos 2007 di Institut Latihan Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor.
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Peserta kursus ini terdiri daripada pelajar – pelajar IPTA dan IPTS serta sekolah menengah sekitar <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />
Objektif kursus ini adalah seperti berikut :
i. Memberi panduan kepada para belia dalam membentuk organisasi yang mantap, bagi menggerakkan aktiviti – aktiviti yang dapat mendekatkan masyarakat dengan masjid
ii. Menjadi penggerak dalam usaha membangunkan umat Islam ke arah Masyarakat Hadhari yang seimbang dalam tuntutan rohani dan jasmani.
iii. Menyediakan ruang yang membolehkan para belia bergerak aktif dalam aktiviti – aktiviti masjid yang lebih produktif.
Pengisian kurSus ini merangkumi kuliah Subuh, Qiyamullail, Ceramah, Tayangan Video mengenai kes sosial di kalangan remaja dan Makan Malam Bersama Anak – anak Yatim di sekitar Bangi. Pelaksanaan kursus ini merupakan hasrat Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) JAKIM ketika itu, Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz yang mahu mana – mana aktiviti JAKIM yang berkaitan dengan belia / remaja diselaraskan dengan aktiviti yang telah dirancang oleh DPMM semasa mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DPMM pada 11 Jun 2007 yang lalu.
Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengerusi DPMM iaitu Tn. Haji Ismail bin Basri. Ustaz Mohamad Fishal bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pengurusan Hal Ehwal Islam, ILIM telah mewakili Y. Bhg. Dato’ Pengarah ILIM untuk memberi ucapan alu – aluan pada majlis tersebut. Tn. Hj. Ismail bin Basri telah menyampaikan sijil kepada peserta diringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Masjid, Bahagian KESUMA iaitu Us. Omar bin Hj. Said.
Peserta program Perkaderan Rakan Muda Masjid
Program Bersama Anak Yatim
Tuan Hj. Ismail bin Basri, Pengerusi Dewan Pemuda Masjid Malaysia
- Hits : 1884







