JAKIM Dedah Isu Penyelewengan Akidah Semasa Kepada Masyarakat

JAKIM telah mengadakan satu seminar penjelasan Isu Semasa Aqidah Peringkat Kebangsaan 2007 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 17 Julai 2007. Seminar yang yang memakan masa sehari suntuk ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang membabitkan penyertaan seramai lebih kurang 800 orang peserta . seminar ini dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Hj. Mohamad bin. Mohd Zin yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Seminar ini diadakan untuk memberi penjelasan mengenai isu semasa yang berkaitan dengan permasaalahan aqidah khususnya isu peringkat nasional kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian, jabatan kerajaan, jabatan agama negeri-negeri, jabatan mufti negeri, wakil IPTA serta orang awam. Seminar ini bermatlamat ke arah mencapai beberapa objektif antaranya Memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai kerajaan mengenai perkembangan isu penyelewengan Aqidah semasa di negara ini supaya mereka dapat menyampaikan aqidah yang benar kepada masyarakat. Keduanya bagi memantapkan pegangan aqidah pegawai-pegawai kerajaan supaya bersedia menghadapi sebarang ancaman yang boleh merosakkan aqidah dan pemikiran umat serta bagi Memperkukuhkan jentera kerajaan dalam usaha bersepadu menangani penyelewengan aqidah dan ancaman pemikiran semasa.

Seminar yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini menampilkan beberapa orang pembentang kertas kerja dan penceramah. Kertas pertama bertajuk ’Sikap Fanatik Dan Ta’asub Penyumbang Kepada Penyelewengan Aqidah’ oleh Y. Bhg. Prof. Madya Mohd Kamil Bin Majid yang merupakan Ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM (PKA). Kerja kertas ini antara lain menyentuh sikap Ketaksuban terhadap sesuatu doktrin atau mazhab yang melampau jika tidak dibendung adalah berbahaya lebih-lebih lagi apabila pembawaannya dimanifestasikan melalui kekerasan dan keganasan dengan anggapan bahawa hanya diri atau kumpulan sendiri sahaja yang betul manakala pihak yang lain adalah salah. Pembentang juga menekankan supaya Umat Islam memilih jalan tengah iaitu bersikap sederhana (al-tasawwut) dalam setiap urusan kehidupan sejajar dengan keperluan dan peredaran zaman.

Kertas kerja kedua pula dibentang oleh Y. Bhg. Dr. Haji Muhammad Nur Manuty bertajuk ‘Ancaman Fahaman Pluralisme Dan Liberalisme Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah’. Pembentang menjelaskan bahawa Implikasi fahaman liberal Terhadap Kedudukan Islam dan Penganut-Penganutnya di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia adalah seperti berikut:

· Isu Artikel 121(1A) – Ekoran insiden kematian Muhammad Abdullah Moorthy - idea liberalisme dijadikan kesempatan golongan bukan Islam untuk melemahkan kedudukan Islam.

· Penubuhan Inter Faith Council (IFC) – berusaha untuk menjejaskan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

· Isu murtad – golongan Muslim liberal dengan menggunakan kerjasama NGO bukan Islam menggunakan saluran undang-undang untuk memudahkan proses penukaran agama dan mencabar peruntukan undang-undang syarak dan sivil.

· Penentangan terhadap konsep dan pelaksanaan syariat Islam – menolak pelaksanaan syariat Islam khususnya hukum hudud

· Gerakan Feminisme – Sisters In Islam menggunakan jaringan ahli politik, penggubal undang-undang dan media untuk menentang penggubalan Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005)

· Reformasi Kurikulum Institusi Pendidikan Islam – Menyatakan bahawa kurikulum pendidikan Islam yang ada sekarang bersifat jumud dan tidak relevan dengan zaman.

Seminar sehari ini diakhiri dengan sesi forum yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ust. Aziz bin Jusoh dan dibarisi dengan dua orang panel yang terdiri daripada bekas pengikut setia Kumpulan Al-Arqam iaitu Saudara Zabidi bin Muhammad dan saudara Mohd Fakhruddin Ar-Razi. Dalam forum tersebut kedua-dua ahli panel telah mendedahkan penyelewengan-penyelewengan Asaari sejak menubuhkan Al-Arqam sehingga kepada pertukaran nama pertubuhan itu kepada Rufaqa’. Asaari dikatakan bahawa mula menyebarkan fahaman dan menanamkan ketaksuban di dalam diri pengikutnya dengan mendedahkan kepada mereka tentang hadis-hadis akhir zaman dan menekankan siapakah sebenarnya pemuda Bani Tamim yang ditunggu-tungu itu.

Seminar sehari itu berjaya mencapai matlamat yang telah digariskan oleh pihak Urusetia. Seminar pada hari tersebut akan menjadi program tetap JAKIM dan akan diteruskan pada masa-masa yang datang.