JAKIM Hantar Wakil Ke Mesyuarat Jawatankuasa Bidang Kerjasama MABIMS Di Brunei

JAKIM telah menghantar empat orang pegawai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bagi Penyediaan Garis Panduan Tatacara Kerja Urusetia MABIMS, Garis Panduan Perlaksanaan Penerbitan dan Pertukaran Bahan-Bahan Penerbitan dan Garis Panduan Keikutsertaan Negara Lain Dalam MABIMS yang telah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada 13 – 15 Jun 2006.

Pegawai JAKIM diketuai oleh Haji Mohd. Yusop bin Hasan, Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, Us. Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Penerbitan, En. Zakaria bin Ab. Rahman, KPP Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa dan Us. Ruslan bin Said, Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa.

Majlis Perasmian Mesyuarat beserta dengan Majlis Makan Malam telah disempurnakan oleh Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Haji Mohiddin, Setiausaha Tetap, Kementerian Ugama Negara Brunei Darussalam di Hotel Orchid. Manakala Mesyuarat telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat ini telah mendapat liputan meluas daripada Media Massa di Negara <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Brunei Darussalam.