Jakim Mengucapkan Takziah Atas Pemergian Bonda Kepada YB Menteri
Jakim mengucapkan takziah atas pemergian bonda kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato’ Seri Jamil Khir Baharom iaitu allayarhamah Hasiah@Halijah Ahmad, 71 pada pagi 12 Jun 2012 kira-kira jam 6.15 pagi semalam. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah ketika beliau berada dalam jagaan keluarga dan di kediaman YB Dato’ Seri yang beralamat di No:8, Jalan 5-12C, Kg Batu Muda, Batu 41/2 Jalan Ipoh. Beliau disahkan meninggal kerana sakit tua.
Jenazah beliau sebelum itu yang ditempatkan di rumah menteri telah disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau yang tiba pada 1.15 tengahari semalam, menziarahi jenazah dan menunaikan solat Zuhur sebelum menyertai solat jenazah bersama-sama 300 jemaah. Allayarhamah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Kg. Batu Muda dan meninggalkan tiga orang anak dimana Dato’ Seri Jamil Khir Baharom merupakan anak sulung beliau.
Seluruh warga Jakim turut merasa simpati di atas pemergian bonda Dato’ Seri Jamil Khir dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
- Hits : 1333







