JAKIM Perkenal Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)
Antara objektif SPH ini diwujudkan ialah bagi memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran, membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran serta membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Berita gembira ini diumumkan Y.B. Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Darul Quran kali ke 21 pada 7 Julai 2012 lalu. Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) diperkenalkan dalam usaha memperkasakan para huffaz serta memberi peluang kepada mereka mempunyai penyelidikan dalam bidang al-Quran. SPH ini juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengangkat golongan huffaz di negara ini.

Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika sidang media selepas majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-21.
Foto: Muktasyaf Ibrahim AnNamir.
- Hits : 2524







