JAKIM Rai Saudara Muslim dalam Program Bual Bicara "Indahnya Islam" & Majlis Silaturrahim Saudara Muslim Cina Sempena Tahun Baru Cina 2012.

Klang – 18/02/2012, Unit Saudara Muslim, Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah dengan kerjasama MACMA Selangor telah mengadakan Program Bual Bicara “ Indahnya Islam & Majlis Silaturrahim Saudara Muslim Cina Sempena Tahun Baru Cina 2012 bertempat di Restoran Haji Sharin Low b. Abdullah, Harbour Place, Klang.
 
Objektif program ini di adakan adalah untuk mempereratkan hubungan antara Saudara Muslim dan agensi agama khususnya JAKIM serta badan-badan bukan kerajaan NGO’s, memberi kefahaman dan kesedaran kepada saudara muslim dan keindahan Islam, serta sebagai salah satu usaha dakwah di kalangan keluarga dan sahabat saudara muslim yang bukan islam.
 
Program kali ini telah dihadiri oleh seramai 350 orang saudara muslim dan wakil-wakil NGOS’s Islam seluruh Malaysia seperti PERKIM,MACMA, PERMIM,DARUL FITRAH,MIM, GEBIMA dan lain-lain.Slot Bual Bicara “ Indahnya Islam” telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi mendapat perhatian dan tumpuan para tetamu jemputan.Sebagai hidangan halwa telinga, beberapa alunan nasyid telah di sampaikan oleh Kumpulan Nasyid JAKIM iaitu DGWA.
 
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Zainulabidin bin Mat Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah manakala ucapan perasmian pula disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa JAKIM sentiasa mengambil berat dan menekankan tentang kebajikan dan pengurusan Saudara Muslim di seluruh Malaysia. Di dalam waktu yang sama, YBhg Dato’ mengingatkan betapa pentingnya Saudara Muslim mempersiapkan dan memperlengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan serta mengamalkan ajaran Islam secara syumul.
 
Selepas perasmian, sedikit acara cabutan bertuah telah dijalankan dengan dimulakan cabutan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah sendiri.Seramai 15 orang saudara muslim yang terpilih telah menerima hadiah diselangi alunan nasyid yang bertemakan persaudaraan sesama Islam dan semangat ukhuwwah sesama Islam ketika para hadirin sedang menikmati hidangan sebanyak 9 jenis hidangan yang disediakan oleh pemilik restoran, Haji Sharin Low. Para hadirin begitu terhibur dan bergembira sepanjang perjalanan program ini.
 
Sekalung penghargaan buat urusetia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada pihak RTM dan TV Al-Hijrah yang telah membuat liputan dan rakaman sepanjang program ini berlangsung.Semoga segala usaha dakwah ini dirahmati dan diberkati Ilahi sentiasa.
 
Alunan nasyid merdu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid DGWA,JAKIM.
Antara wakil Ngo's yang turut hadir memeriahkan perjalanan program.
Ramah Mesra Tuan Hj Sharin Low bersama Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM.
Ketibaan Ybhg. Dato' Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM yang dinantikan oleh tetamu.
 
Ramah Mesra Ketua Pengarah JAKIM, Ybhg. Dato' Othman bin Mustapha bersama Tuan Haji Sharin Low.
Sesi bertemu tetamu jemputan
 
Ucapan Aluan disampaikan oleh Ustaz Zainulabidin bin Mat Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah.
Amanat dan kata-kata semangat yang di sampaikan oleh Ybhg. Dato' Othman bin Mustapha.
Sebagai tanda kenangan dari pihak JAKIM kepada Tuan Haji Sharin Low.
Tanda Kenangan dari Tuan Hj Sharin low kepada pihak JAKIM
 
Bacaan doa oleh Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi memohon keberkatan sepanjang majlis.
Antara jemputan VVIP yang hadir.
      
 
Barisan urusetia yang bertungkus lumus memastikan perjalanan program berjalan lancar.