JAKIM Sertai Conference On Health Related Issues And Islamic Normativity
Pada 20 hingga 23 Jun 2012 baru-baru ini telah berlangsung Conference On Health Related Issues And Islamic Normativity bertempat di Hamburg University Guesthouse, Rothenbaumchaussee, German. Pada persidangan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia telah dijemput untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja berkaitan peranan JAKIM dalam menghadapi dan menyelesaikan isu-isu bioethics dalam konteks fatwa di Malaysia. Persidangan yang dianjurkan oleh Asean-Africa-Institute University Of Hamburg German, German Federal Ministry Of Health dan Korber Foundation German ini diadakan dengan fokus utama perbincangan terhadap isu-isu bioethics dari perspektif agama, undang-undang negara dan social insurance system yang dilaksanakandi Tunisia, Iran dan Malaysia.Sebanyak lapan (8) buah Negara telah menyertai Persidangan kali ini iaitu Amerika, Denmark, United Kingdom, German, Tunisia, Iran, Malaysia dan Oman.JAKIM telah diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa, Ustazah Nor Safina Zainal dan kertas kerja yang telah dibentangkan ialah “JAKIM And It’s Relation To Bioethical Issues”.
Antara kertas kerja lain yang telah dibentangkan pada Persidangan ini ialah “The Contemporary Fatwa Business”, “The Mufti Or Islam: A Religious Actor Of Biomedical Laws In Tunisia”, “How Fatwas On Medical Issues Are Generated”, “The International Fiqh Academy Of India And Reproductive Health” dan “Social Insurance Systems In The Arab World”. Satu Public Panel Discussion bertajuk “ The Future Of Islamic Bioethics” turut diadakan pada Persidangan ini.
Persidangan dan perbincangan isu-isu bioethics selama empat (4) hari dengan penglibatan ahli-ahli sains dan akademik, Islam dan bukan Islam dari pelbagai Negara memperlihatkan kepentingan dan peranan institusi fatwa sentiasa diberi perhatian di peringkat global dalam menghadapi isu-isu bioethics supaya tidak memberi kesan buruk kepada kehidupan manusia dan melanggar prinsip-prinsip agama serta kemanusiaan sejagat.
Gambar Sekitar University Hamburg





Gambar Semasa Persidangan










Groups:
- Hits : 1275







