Jelajah Dakwah Saudara Kita
Baru-baru ini pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012, Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Program Jelajah Dakwah Saudara Kita di empat buah daerah iaitu di Kampung Tontolob Liwan, Daerah Tambunan, Kampung Naradang Darat, Daerah Kudat, Kampung Tigaman, Daerah Kecil Matunggong dan Kampung Damai, Daerah Kota Marudu. Program ini telah mendapat sokongan kuat daripada JHEAINS daerah, Pusat Latihan Dakwah Kudat, penggerak dakwah, penyelia KAFA, Penggerak Yayasan Amal Cawangan Sabah, Persatuan Belia Muslim Kudat dan guru KAFA.
Objektif utama program ialah memberi bimbingan ilmu berkaitan fardhu ain disamping menyuburkan rasa kasih sayang serta semangat persaudaraan dengan kumpulan sasaran. Tonik motivasi dan sokongan moral turut diterapkan dalam program ini melalui penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Pengisian setiap program dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, alunan Asmaul Husna dan Selawat Shifa beramai-ramai, membaca Al-Quran dan Hadis serta terjemahan. Selain itu, ahli rombongan juga menganjurkan sesi Halaqah Ilmu (Bab Taharah), Tazkirah, solat berjamaah, gotong royong memasak dan ramah mesra. Di akhir program, peserta akan berselawat dan bersalam-salaman. Majoriti peserta yang hadir begitu bersungguh-sungguh memberikan komitmen bagi menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.
Ahli rombongan juga telah menziarahi seorang penduduk kampung Tontolob Liwan di Hospital Keningau yang telah ditimpa musibah ketika bergotong-royong membuat persiapan program ziarah di kampung tersebut.
Turut hadir ialah Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, wakil Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS, Ketua Kampung dan pimpinan masyarakat yang lain. Sebanyak 50 sumbangan bagi setiap kampung berupa keperluan dapur dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman telah diberikan kepada saudara baru, penduduk miskin dan ibu tunggal. Sumbangan bahan keperluan di masjid dan surau kampung juga tidak dilupakan.

Halaqah Ilmu yang telah dibimbing oleh guru-guru KAFA

Ustaz Mohd Yusop, turut membantu dalam halaqah ilmu di Kampung Tontolob Diwan

Penduduk kampung bersama bergotong-royang memasak

Sumbangan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Saudara baru

Ziarah seorang penduduk kampong Tontolob Liwan di Hospital Keningau
Groups:
- Hits : 1057







