Kajian Kaedah Pemengsanan (Stunning) Gas Dan Sembelihan Pisau Mekanikal

Menerajui usaha pemantapan Pensijilan Halal Malaysia, satu lawatan kajian mengenai kaedah pemengsanan (stunning) gas dan sembelihan menggunakan pisau mekanikal telah dilakukan pada 11 Februari 2010 di Baiada Poultry Pty. Ltd., Ipswich, Brisbane, Australia. Pengumpulan data dan maklumat mengenai kedua-dua kaedah ini telah dilaksanakan oleh Dr. Sirajuddin Suhaimee, Atase Halal di Australia dengan kerjasama Australian Quarantine and Inspection Services (AQIS), Baiada Poultry Pty. Ltd dan Australian Halal Food Services (AHFS).

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Kajian ini juga akan menggabungkan data dan maklumat yang telah dikumpulkan berdasarkan Audit Pematuhan yang telah dilaksanakan pada bulan November 2008 di pusat penyembelihan Baiada Poultry Pty. Ltd. di Laverton, Victoria, Australia yang melaksanakan kaedah pemengsanan gas di dalam proses penyembelihan ayam secara pisau mekanikal.

 

Hasil kajian ini akan dikemukakan kepada Bahagian Hab Halal dan Bahagian Pengurusan Fatwa bagi dibincangkan di dalam Panel Kajian Syariah untuk melihat kesesuaian mengemaskini fatwa berkaitan pemengsanan (stunning) gas dan sembelihan pisau mekanikal yang pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam kali ke 48 yang bersidang pada 3 April 2000 yang lalu.

 

Pemeriksaan Halal selepas penyembelihan.

 

Penilaian terhadap haiwan yang telah melalui proses pemengsanan.

 

Perbincangan dengan pihak pengurusan rumah sembelih.

 

Proses Sembelihan Pisau Mekanikal.