Bertempat di Dewan Syura, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 14 April 2010 baru-baru ini telah berlangsung Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abd. Shukor bin Hj. Husin.
Seramai 11 orang Sahibus Samahah mufti-mufti, 3 orang wakil Mufti dan 5 orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja hadir pada Muzakarah Khas yang berlangsung hampir tiga jam iaitu bermula dari jam 9.30 pagi.