Kebajikan Guru-Guru Dan Penyelia-Penyelia KAFA Di Sabah Terus Dibela
JAKIM telah mengadakan program Multaqa Penyelia dan Guru-guru KAFA peringkat negeri Sabah pada 21 Februari 2009 di Dewan Masyarakat Tawau Sabah. Seramai 1,000 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dan penyelia-penyelia KAFA negeri Sabah telah menyertai multaqa tersebut.
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Majlis perasmian Multaqa tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir semasa Majlis Perasmian Multaqa tersebut ialah Y.B. Datuk Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzalah, Timbalan Menteri Kewangan 1, Y.B. Datuk Hj Nasir Tun Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Y.Bhg Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg. Tn. Hj. Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) JAKIM dan pegawai-pegawai Jakim.
Multaqa tersebut bertujuan memberi peluang secara langsung antara JAKIM dengan guru dan penyelia KAFA di peringkat akar umbi berbincang dan mencari idea untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan selama ini di negeri Sabah.
Dalam ucapan perasmian majlis tersebut, Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan sistem pendidikan Islam di negara ini khususnya pendidikan peringkat rendah. Menurut beliau melalui pendidikan KAFA, pembelajaran al-Quran dan Fardhu Ain dapat dilaksanakan secara bersistematik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang. Sebagai contoh dalam keputusan peperiksaan UPKK pada tahun 2008 negeri Sabah telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan peratus kelulusan 99.9 peratus.
Beliau turut melahirkan harapan agar segenap pihak yang terlibat dalam program KAFA terus memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin supaya pelaksanaan program yang sudah ada ini sentiasa diperbaiki di peringkat pengurusan sekolah, negeri mahu pun persekutuan.
Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau sekali lagi menyeru supaya usaha memartabatkan pendidikan Islam dapat diteruskan dan multaqa ini akan dijadikan acara tahunan untuk mengeratkan dan menyemarakkan hubungan antara guru-guru dan penyelia KAFA negeri dengan pihak pengurusan JAKIM.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid & marhaban oleh kumpulan Shautul Qaf
Antara barisan tetamu yang hadir
Para tetamu begitu teruja dengan persembahan yang diadakan

YB Menteri menyampaikan ucapan kepada para peserta Multaqa

YB Menteri sempat beramah mesra dengan guru-guru KAFA
Dewan Masyarakat Tawau dipenuhi para peserta Multaqa
- Hits : 1567







