Kedudukan Sistem Kewangan Islam Di Malaysia - Satu Tinjauan

Majlis Muhadharah ILIM Kali Ke-9   <?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

13 Oktober 2009

 

Ucaptama oleh

Dato’ Muhammad bin Ibrahim

 

“Kedudukan Sistem Kewangan Islam di Malaysia – Satu Tinjauan”

 

 

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

1.                  Y. Bhg. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Baharom, Y. Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, pegawai-pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pegawai-pegawai agama negeri, para pembentang kertas kerja, wakil-wakil institusi perbankan dan kewangan Islam, serta hadirin dan hadirat sekalian.

2.                  Segala puji bagi Allah subhanahu wa taala, salawat dan salam kepada  junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam, juga kepada kaum keluarganya, para sahabatnya dan semua pengikut-pengikutnya.

3.                  Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita bertemu di sini bagi menjayakan Majlis Muhadharah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali ke-9. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucaptama di majlis Muhadharah pada kali ini.

4.                  Ucapan saya pada hari ini akan memberi penekanan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, saya akan menyentuh perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia. Bahagian kedua pula berkenaan strategi ke arah memperkasakan lagi kedudukan negara kita sebagai peneraju kewangan Islam antarabangsa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5.                  Industri kewangan Islam di Malaysia telah mengalami transformasi yang pesat dalam dekad kebelakangan ini. Ia telah berkembang menjadi salah satu komponen yang kompetitif dalam sistem kewangan di Malaysia dan menjadi salah satu pemacu pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara. Dengan sistem kewangan Islam dan konvensional beroperasi seiring, Malaysia terus menggalakkan peluasan sektor ini di dalam dan di luar negara. Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai sektor kewangan Islam yang paling komprehensif di dunia, disokong oleh semua komponen yang diperlukan oleh sesebuah sistem kewangan iaitu perbankan Islam, takaful, serta pasaran wang dan ekuiti Islam, berlandaskan sistem perundangan yang tersendiri dan menyeluruh.

6.                  Sepanjang lima tahun yang lalu, sektor perbankan Islam di Malaysia telah mencatat pertumbuhan dua angka dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 20% dari segi aset. Pada suku kedua tahun 2009, bahagian aset perbankan Islam daripada jumlah aset sektor perbankan keseluruhan telah berkembang hingga mencapai 18.9% berbanding hanya 10.5% pada tahun 2004. Industri takaful juga mencatat prestasi yang memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 25.1% dari segi caruman dalam tempoh yang sama. Jumlah caruman industri takaful juga mencatatkan penguasaan yang lebih besar dalam keseluruhan sektor insurans hingga mencapai 9.25% pada suku tahun kedua 2009. Malaysia juga kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia dengan mencakupi lebih 45% daripada terbitan sukuk global p

7.                  Krisis kewangan yang melanda dunia baru-baru ini telah membuka peluang yang besar kepada sektor kewangan Islam sebagai salah satu alternatif penting kepada krisis kewangan global ini. Ini jelas, di mana sewaktu krisis kewangan global mengakibatkan beberapa institusi kewangan merudum dalam sistem kewangan konvensional, sektor kewangan Islam masih mampu mencatatkan pertumbuhan positif. Dengan aset kewangan Islam global yang dijangka meningkat kepada USD1.6 trillion pada 2012[1], sektor ini dijangka mampu menjadi lebih maju di pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya yang tersendiri berbanding sistem kewangan konvensional. Peningkatan perkembangan sektor kewangan Islam turut dapat dilihat menerusi minat dan komitmen yang ditonjolkan oleh pusat-pusat kewangan antarabangsa yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam seperti London, Paris, Hong Kong, Singapura dan Jepun untuk membangunkan sektor kewangan Islam di negara mereka. Justeru, inilah masa dan peluang terbaik bagi negara-negara Islam seperti Malaysia untuk memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam mereka serta mengenengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi global.

8.                  Perkembangan positif industri kewangan Islam di Malaysia selama ini merupakan hasil langkah-langkah strategik Kerajaan, berserta sokongan pelbagai pihak  dalam mengembangkan kewangan Islam. Sejak penubuhan Tabung Haji dan bank Islam yang pertama, negara terus mengemudi pelbagai usaha seperti memperkenalkan syarikat takaful pertama dan membolehkan bank-bank konvensional turut membuka kaunter yang menawarkan perkhidmatan perbankan dan kewangan Islam. Inisiatif ini disokong dengan usaha berterusan dalam memantapkan rangka kerja perundangan, pengawalan, penyeliaan dan Syariah bagi memastikan sektor kewangan Islam dapat berkembang secara teratur dan, pada masa yang sama, kestabilan kewangan dikekalkan. Komitmen kerajaan untuk memastikan negara menjadi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa turut direalisasikan melalui pembentangan Bajet 2007. Pelbagai insentif diperkenalkan termasuklah pengecualian cukai dan duti setem terhadap pelbagai bentuk operasi perniagaan perbankan Islam dan ta

9.                  Perkembangan ini telah mendorong negara untuk melaksanakan proses liberalisasi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam dalam tahun 2002. Langkah ini telah meningkatkan kehadiran dan penyertaan asing dalam sistem kewangan Islam Malaysia, seterusnya mewujudkan peserta industri yang pelbagai. Pasaran bon Malaysia juga telah menyaksikan entiti asing menerbitkan dana dalam denominasi ringgit dan mata wang asing dalam pasaran domestik. Berikutan perkembangan ini, Malaysia kini memasuki fasa baru dalam pembangunan sistem kewangan Islam, dengan inisiatif untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kewangan Islam Antarabangsa. Ini bertujuan mengukuhkan kesalinghubungan ekonomi dan kewangan Islam Malaysia dan seterusnya menggalakkan perdagangan dan pelaburan merentas sempadan yang lebih gi

10.             Antara perkembangan positif yang dapat dilihat kesan daripada langkah liberalisasi ini ialah peningkatan dan peluasan penggunaan pelbagai konsep Syariah dalam produk-produk kewangan Islam. Jika sebelum ini banyak produk perbankan Islam menggunakan konsep Syariah yang terhad seperti Wadi’ah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil, dan Bay al-Dayn, kini lebih banyak konsep Syariah yang lain telah diguna pakai seperti Ijarah, Mudarabah, Musyarakah, dan Tawarruq. Kepelbagaian aplikasi konsep Syariah ini meningkatkan inovasi dan variasi dalam penawaran produk-produk kewangan Islam. Perkembangan ini menunjukkan bahawa peningkatan persaingan di antara peserta industri telah menjadikan mereka lebih inovatif dalam meneroka pelbagai produk baru bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Strategi ke Arah Memperkasa Kedudukan Malaysia sebagai Peneraju Kewangan Islam Antarabangsa

11.             Pepatah Melayu ada menyatakan, “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang”. Pencapaian cemerlang dalam kewangan Islam yang dikecapi negara pada hari ini memerlukan usaha yang berterusan bagi memastikan sektor ini terus berkembang maju dan berdaya saing, seterusnya memastikan negara kita terus berada di hadapan dalam bidang ini. Justeru, izinkan saya berkongsi pandangan dengan hadirin dan hadirat semua beberapa strategi yang dianggap penting dan perlu dilaksanakan dalam memastikan kelangsungan kemajuan yang telah kita capai selama ini.

12.             Pertama, melahirkan intelektual Syariah yang dinamik (menguasai pelbagai bidang keilmuan). Dalam usaha menyahut seruan Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan amalan-amalan Syariah kewangan Islam global, intelektual Syariah yang dinamik memainkan peranan yang amat signifikan. Selaras dengan tuntutan dan keperluan semasa, penguasaan ilmu oleh para ulama’ dan cendekiawan Islam pada hari ini tidak seharusnya terbatas kepada satu bidang keilmuan tertentu sahaja. Hakikatnya, untuk terus memacu inovasi dan meningkatkan prestasi industri kewangan Islam ke martabat yang lebih tinggi, pengetahuan ekonomi dan kewangan yang kukuh perlu diadun dengan kefahaman tunjang Syariah yang menyeluruh. Ini kerana kombinasi ilmu yang mendalam merupakan resipi kepada penetapan hukum Syariah yang mendasari setiap produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Jelas sekali, inovasi yang pesat menuntut set kemahiran dan kepakaran yang mantap bagi kedua-dua cabang ilmu kewangan dan Syariah.

13.             Keperluan menguasai pelbagai bidang ilmu ini dapat kita lihat dalam proses mengenal pasti isu-isu kepatuhan Syariah, khususnya produk-produk dan instrumen kewangan. Ia memerlukan kemampuan para ulama' dan cendekiawan Islam untuk memahami instrumen dan struktur produk dari segi konsep dan pelaksanaan. Ini bertepatan dengan satu kaedah fikah yang menyebut ”sesuatu hukum (yang diputuskan) bergantung kepada kefahaman (terhadap isu yang dibincangkan)”. Oleh yang demikian, kegagalan untuk menguasai dan memahami bidang keilmuan yang berkaitan bukan sahaja akan mengakibatkan kaedah fikah ini tidak terlaksana dengan baik. Bahkan, keputusan yang diterbitkan berkemungkinan tidak tepat lantaran penguasaan ilmu yang tidak sempurna.

14.             Kepentingan menguasai pelbagai bidang keilmuan ini bukan sahaja terhad kepada amalan dalam kewangan Islam semata-mata. Malahan, ia juga merupakan realiti dalam sektor-sektor lain seperti sektor pembuatan, perindustrian, teknologi dan sebagainya.

15.             Tuntutan penguasaan pelbagai bidang ilmu ini bukanlah sesuatu yang mustahil dan baru. Malah, sejarah telah  membuktikan kepada kita tentang kehebatan tokoh-tokoh keilmuan Islam. Misalnya, Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh pemikir Islam yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan pemikiran yang luas, tanpa menjurus kepada sesuatu bidang ilmu dan pemikiran sahaja.  Imam Al-Ghazali telah menghujahkan dan membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu kalam, ilmu falsafah, ilmu tasawwuf dan juga ilmu fikah melalui penulisannya. Selain itu, dunia Islam turut mempunyai Al Farabi yang merupakan salah seorang tokoh falsafah dan pakar sains Islam yang mahsyur dalam bidang falsafah, sosiologi dan logik. Tidak terhad kepada tiga bidang, Al Farabi juga memberikan sumbangan penulisan dalam bidang perubatan, sains dan matematik.  Kegemilangan ilmu diteruskan oleh anak didik beliau iaitu Ibn Sina yang mahsyur dalam bidang perubatan menerusi penulisan Al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Dalam Urusan Yang Berkaitan Ilmu Kedoktoran). Penguasaan ilmu Ibn Sina tidak terbatas dalam perubatan, malah beliau merupakan pensyarah bidang astronomi dan falsafah. Tokoh-tokoh keilmuan Islam ini seharusnya dijadikan inspirasi para ulama’ dan cendekiawan Islam hari ini dalam meluaskan kapasiti dan meningkatkan kualiti demi pembangunan dan kelestarian ilmu masa kini.    

16.             Berasaskan kepada keperluan untuk ahli Syariah mahir dalam bidang kewangan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia untuk merealisasikan misi tersebut termasuklah membangunkan infrastruktur dan prasarana sokongan sektor kewangan Islam. Ini dapat dilihat dengan penubuhan institusi-institusi penyelidikan yang bertujuan merangsang kefahaman yang tepat serta pentafsiran yang konsisten mengenai prinsip Syariah dalam kewangan Islam, sama ada di peringkat domestik, mahupun antarabangsa. Antaranya, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (International Syariah Research Academy for Islamic Finance, ISRA) ditubuhkan pada Mac 2008 untuk meningkatkan interaksi dan  dialog sesama cendekiawan dan peserta industri, serta menggalakkan penyelidikan dalam bidang Syariah dan kewangan Islam. Penyelidikan dan dialog intelektual yang aktif akan menggalakkan inovasi dan kedinamikan ke arah memacu pembangunan kewangan Islam ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, keperluan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam kewangan Islam turut cuba dipenuhi menerusi penawaran program peringkat doktor falsafah dan sarjana dalam kewangan Islam oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (International Centre for Education in Islamic Finance, INCEIF).

17.             Walau pun begitu, penubuhan institusi-institusi berkenaan sahaja masih belum mencukupi untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Langkah kolaborasi di antara institusi-institusi kewangan Islam, ISRA dan INCEIF dengan institusi-institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negera perlu dipertingkat dalam melahirkan pelapis ulama’ dan cendekiawan Islam yang dinamik dan berkualiti. Ini merangkumi penilaian semula program-program latihan yang sedia ada bagi memastikan ia selaras dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah. Pengambilan tokoh-tokoh akademik Islam berprofil tinggi untuk berkhidmat dengan institusi-institusi pendidkan tempatan juga dilihat sebagai salah satu inisiatif untuk membantu melahirkan individu-individu yang lebih berkualiti dan mempunyai pendedahan yang leb

18.             Secara ringkasnya, sumber manusia dan modal insan dianggap sebagai kekuatan utama dalam menjana kelangsungan pembangunan sektor kewangan Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Perhatian khusus terhadap melahirkan intelektual Syariah yang dinamik menjadi semakin penting terutama dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar. Untuk menghadapi cabaran ini, kita memerlukan perancangan dan strategi yang lebih nyata, terencana, sistematik dan konsisten dalam melahirkan lebih ramai ulama’, cendekiawan dan intelek yang  berkualiti, berdaya saing dan mampu menjana perkembangan sektor kewangan Islam pada masa hadapan.

19.             Kedua, memastikan para ulama’ dan cendekiawan Islam memainkan peranan yang lebih proaktif dalam meningkatkan perkembangan sektor kewangan Islam.Ulama’ menduduki posisi penting dalam masyarakat Islam. Perilaku ulama’ menjadi teladan, ucapan ulama’ menjadi pedoman dan nasihat ulama’ menjadi petunjuk. Penerimaan atau penolakan masyarakat tentang sesuatu konsep atau gagasan banyak dipengaruhi oleh pandangan ulama’.

 

20.             Pindaan Akta Bank Negara 2009 baru-baru ini telah mengiktiraf kedudukan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sebagai badan yang diberikan mandat bagi penentuan hukum Syarak berkaitan kewangan Islam di Malaysia. Ini berlandaskan kesedaran terhadap peranan dan kedudukan penting yang dimainkan oleh para ulama’ dalam memastikan kepatuhan Syariah bagi seluruh aspek kewangan Islam. Akta ini secara jelas mewajibkan, bukan sahaja institusi-institusi kewangan Islam, malahan mahkamah dan penimbang tara untuk merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kewangan Islam. Sebarang ijtihad kolektif atau resolusi yang diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah adalah mengikat dan perlu dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan. Pindaan ini secara tidak langsung mel

21.